KataKata Pakat!

Selasa, 20 Oktober 2009

Maaf

MASA bukanlah sesuatu yang buleh kita semua susun dengan sempurna. Cepat dan lambat tetap berlalu. Hajat tak kesampaian sentiasa berlaku. Ingin sekali berterbangan bersama-sama dengan MASA seiringan supaya tidak ketinggalan. Namun semuanya sudah terlambat, MASA itu emas. Jangan biarkan ia terlepas dari sisi. Walaupun menggunakannya secara biase, namun rutin yang datang sentiasa berubah. Malas hanya satu perkataan, jangan jadikan ia satu alasan. Sesungguhnya, gunakanlah MASA yang ada sebaik-baiknya.

Haih. kosai sebenarnya nak cerita banyak perkara pada blog sebenarnya.... Tapi masa.... Kesempitan masa. Quiz, presentation, kawan-kawan, kenderaan, komunikasi, semuanya terjadii dalam masa yang sama. Tak sempat nak update blog. Cerita raya pon dah basi kalau nak tulis, sedangkan dah ambik banyak gambar waktu raya. So kosai cume dapat upgrade sahaja blog, dan bukannya update. InsyaAllah, bulan depan, selesai aje exam, sambung bloggingg balik.

So nantikan....

Selasa, 8 September 2009

Kisah sepanjang 3 minggu lalu.

Uwaaaaaaaa, dah lame tak tulis blog.
Krak2 (bunyi2 jari sebelum memulakan taipan) hehe.

Okeh, first nak cerita ada satu kejadian malang menimpa kosai pada satu hari Khamis yang bertarikh 20 / Ogos / 2009 bersamaan 2 hari sebelum masuk ke bulan Ramadhan.

20 Ogos

kosai ditimpa kemalangan jalan raya!!

Haih, malang tidak berbau. Sebuah teksi yang dipandu seorang pak cik Melayu merempuh motorsikal kosai. kosai tercampak jauh ke depan, dengan helmet di kepala juga tercampak dan malangnye jatuh kepala dulu. Naseb baek hanya luka biase, yang teruk lengan kanan dan kaki kiri.


Tangan kiri yang mengambil mase sminggu untuk pulih.


Kaki kiri yang ibu jari bengkak dan kukunye patah, haih.

Mak Abah terus datang dari Pahang, dan bawak kosai pergi klinik xtray.

30 Ogos
Bbelum sempat pun sembuh habes, 30 haribulan, malam merdeka kosai dah gerak dari Gombak ke Shah Alam naek motor. HUJAN punye pasal, tapi memang berbaloi, dapat jumpe Aizat, Azlan & The Typewriter, Bunkface, Camni-Cap-Ehh dan tonton Remaja versi Raya lebih awal.

Function malam tu start pukul 8 malam, di Studio Ntv7. Programme Remaja Raya. kosai sampai awal, sebelum berbuke. Tapi bile sampai, tengok macam takde orang so buke kat kedai mamak je. Last2 pukul 8 masuk dalam, HUJAN sume2 buke kat dalam. Haih. Rugi je.

Remaja tersebut akan ditayangkan pada 3 Oktober, menyaksikan Hujan dengan lagu Kau Harus Ada, Bunkface dengan lagu Revolusi, Azlan & The Typewriter dengan lagu Kelibat Si Penyair dan Aizat dengan lagu Dendang Perantau versi Aizat.

Lepas ambik autograf artis yang berkenaan, kosai pun balek.

3 September
Kemudian, kosai pergi show Campur Chart by Fly.FM yang diadakan di Laundry, Cineleisure, The Curve. Ade performance dari band Magik, Bittersweet dan 1 lagi kosai tak ingat.
Yang pasti kosai datang untuk tonton Bittersweet, tapi Bittersweet paling lambat perform, lagu maen sume lagu baru, dalam 8 lagu, pergh all english songs. Tapi sayang lagu2 yang kosai hafal tak kluar. Tak dapat nak ambek autograf malam tu. Sesak sangat dan diorang (Bittersweet) busy sangat. Event mula pukul 10, Bittersweet perform pukul 11. Thanks kepada Ojie StoneBay sebab bagitau kosai pasal function ni.

4 September
kosai dijemput oleh Dimas HUJAN untuk berbuke bersama di UiTM Shah Alam, universiti kakak kosai (Along).
Mase ni kluar rumah lewat, dalam 6.30 petang. Sampai2 kat pintu masuk UiTM dah azan, tapi seb bek la tak lame sangat.
kosai sampai2 je dewan Annexe kat mane function buke puase tu diadakan, ternampak band GreySkyMorning kat luar. Tapi tak sempat nak tegur sebab kosai maseh blum berbuke dan lapar. Haha.
So masuk dalam salam Noh & Dimas, terus ambik pinggan berisikan nasi minyak dan makan. Berbuka lambat pula. kosai makan di meja makan yang laen dari artis2, meja kosong di hujung. Tibe2 datang 3 orang dewasa duduk kat meja tu, salah sorang tanye kosai;
"Ada Band ke?"
"Tak lah, follow band HUJAN"
"Oh, peminat la ye"
"Aah, Raingers"
"Malam ni ade perform2 ke?"
"Saya pun tak tau la bang" (gune saya dan abang sebab tak kenal beliau)

Kemudian kosai dah habes makan terus duk dekat dengan Noh dan Alef. Sebab kenal mereka. Yang laen tak kenal sangat la. So kosai cerita la kat Alef pasal orang yang tanye kosai tadi, sambil tunjuk kat die mana orangnya.
Alef kata, tu band Flop Poppy.
Hahaha, kosai buleh tak kenal dan jawab saya abang. baek pakai aku je lagi market. Haha. Tak kenal sebab Andy tak datang.

Agak ramai yang datang malam tu, majlis berbuke tu sempena ulangtahun UFM menyambut majlis berbuke puase bersama anak2 yatim. Tapi artis yang hadir macam lagi ramai dari anak2 yatim aje.

Band yang datang termasuklah Grey Sky Morning, Noh & Dimas HUJAN, AwanBand, Flop Poppy, Bliz, Duta dan sebuah lagi band nasyid (tak ingat nama).

Flop Poppy dan HUJAN tak perform.
Sambil2 perform, artis2 melayan anak2 yatim yang kecik2 cumel2 belaka.

Habes majlis kosai sempat ambil autograf Gry Sky Morning yang diminta Along, sebab die tak dapat datang ade banyak homework katenye. kosai juge bergambar dengan Ejal Grey Sky Morning.


Ni pula gambar bersama Noh yang segak memakai baju melayu dan songkok.


Kemudian, 7 September, semalam, album kedua HUJAN telah pun berada di pasaran di sesetengah kedai cakera padat seperti Speedy.
kosai belum beli, harini baru beli melalui kak Jiggy (beliau yang menjaga merchandise HUJAN secara online)

Malam ni pula berbuka dengan HUJAN lagi sekali bersama anak yatim yang laen pula di Marriot berhampiran dengan Pavilion, Bukit Bintang Kuala Lumpur. Thanks kak Jiggy sebab ajak kosai.
Beli CD Hujan dan terus mandapatkan autograf atas CD tu. Hehe. So thats all for now. Nanti Update lagi InsyaAllah.

Rabu, 19 Ogos 2009

Cerita-cerita lepas jangka masa panjang.

Haduyai, sejak akhir2 ni asyik sibuk memanjang disebabkan assignment yang bertimbun2, so tak dapat nak post cerita2 selalu. Haih.

Tapi lately banyak juge cerita dan pengalaman baru. Cume tak sempat nak cerite.

Ok la kosai cerita sikit sikit aje. (konon siket)

First yang kosai rase best ialah Ep launching by Stonebay di Salma Cafe di Seksyen 7 Shah Alam. Best, performance dari Stonebay sangat best, dan band2 lain pun best seperti Indie Mice dan Brainhead. Dapat salam dengan Ojie Stonebay, dan bergambar dengan Ajan Brainhead. Autograf jangan cakap la wei, penuh. haha.

konsert festival muzik terunggul Selangor 2009 yang dihadiri HUJAN band bersama artis lain2 seperti Yuna, Man Bai, dan Hattan. Bertarikh 9 Ogos 2009 di dataran Shah Alam. Memang best malam tu. Datang awal dan minum bersama HUJAN di PAS (Plaza Alam Shah). Jumpe Yuna tapi tak dapat nak amek autograf beliau kerana terpaksa menjaga HUJAN punye booth. Tapi Man Bai dapat la.

Ok then cerita pasal butik Yuna pula yang bernama Jetfuel Shop. Terletak di Subang Jaya di SS15. Thanks buat Jayzuan yang beritahu kosai kedai ni. Disebabkan xdapat jumpe Yuna malam 9 Ogos tu, kosai gerak ke butik Yuna pada 11 Ogos. Mulenye kosai ingat dapat jumpe Yuna dan bergambar dengannya, Malangnye katenye beliau tidak sihat, tapi kosai maseh lagi mendapatkan autografnya yang sangat mahal itu. hehe.


So lepas tu kolej kosai pulak cuti seminggu sebab suspek demam Influenza A (H1N1). Mase cuti memang keluar sebab bosan, so jalan2 ke bandar cari Central Market Annexe. Sebab nak cari Ricecooker Shop yang katenye banyak jual ep-ep band indie. Sekali cari2 tak jumpe. Taye dekat information counter tu, katenye ricecooker shop dah lame tutup, lebih kurang 4-5 bulan. Haih. Balik rumah research, Ricecooker dan pindah Bukit Bintang. So jalan lagi, (hari yang berlainan dala masa seminggu) pergi ke The Curve pula, first time datang dan terus jatuh chenta. Haha. Suke The Curve. Ade kedai yang jual figura yang murah, panggung wayang yang sangat selesa dan selalu mengadakan function2 di hall mereka. Masa kosai datang e@Curve, ade perlawanan dodgeball. So memang best, lepas ni xnak tengok wayang kat OU (1 Utama) dah, kat Cineleisure je. hehe.

Kemudian pada Ahad yang lepas, 16 Ogos, kosai dijemput oleh Bos ELmi (projek Camni-Cap-Ehh!) untuk membuat rakaman video untuk projek terbarunye. Bertempat di KLCC, kosai sampai paling awal mase tuh, 11 pagi. Bosan menunggu so jalan2 dan borong CD. Kemudian jumpe Elmi. Lame tak nampak beliau, rambutnye dah panjang. Kemudian setelah semua ahli yang dijemput muncul, kami menggerakkan langkah ke tempat paling strategik di taman kanak-kanak KLCC itu. Malangnye, para pak guard di situ minta kami beralih ke tempat yang kurang pelancong. Maka gerakla kami ke belakang taman. tapi bile sampai di sana, pak guard kat situ pulak tak bagi kami buat projek tu. Berdebat2 akhirnye pak guard tu mengalah. kosai balik awal sebab nak kejar konsert pulak.

Balik dari KLCC, pukul 2.30, terus gerak ke Cineleisure e@Curve untuk menonton Stonebay, Bittersweet dan Pop Shuvit beraksi di pentas konsert freestyle tajaan F&N.
Tapi persembahan Pop Shuvit tak tengok sebab balik awal juge. Penat dah. Tapi dapat lepak dengan Ojie Stonebay lame. Hehe.

Dan latest semalam, 18 Ogos, ingat nak pergi Cloth n Clef di Bukit Bintang sebab ade band The Voks perform. Thanks buat Bos Elmi yang bagitau, tapi bile kosai sampai sane tak jumpe pule Cloth n Clef tu, gile keciwa. So balik tangan kosong dan mencuba naseb malam ni pula di No Black Tie, Bukit Bintang untuk tengok Lovesick Avenue perform.

So itu sahaja laporan yang tidak diupload dengan lebih awal. hehe.

Jumaat, 31 Julai 2009

HUJAN show at Kunang-Kunang Restaurant

24 Julai 2009,

Malam 24 Julai ni bersamaan hari Jumaat malam Sabtu merupakan hari band HUJAN tuk perform secara live di restoran Kunang-Kunang. kosai dah beli tiket 2 minggu selepas keluarnye flyers show tersebut, hehe.

Flyers nye :


So malam tu kosai sampai ke Kunang-Kunang dalam pukul 9.20 malam sedangkan show mule pukul 9 malam. Bukan lewat sebab ape, tapi kosai bawak raingers yang datang dari jauh ke Kunang-Kunang, dari Melaka dan tak tahu jalan nak ke Kunang-Kunang. Cikai namanya. Hahaha, dapat jumpe raingers baru. Asalnye kenal melalui facebook dan ym je.



So sampai2 je memang tengok dah ade orang cakap2 kat stage, rupenye Azrul dari kumpulan CHAM Raja Lawak 2. Beliau merupakan pengacara untuk malam tu. Petah beliau berkata-kata, lawak jangan cakap la. Masuk sampai ke dalam tuk usha tempat duduk dan raingers2, nampak Alef & the gang, hehe. Kak Put3, Chapiq, Alef, dan Kak Jiggy. Tapi dah abes show HUJAN baru cakap2 ngan diorang (malu konon).


So pukul 9.40, beliau pun merpersilakan band yang dinantikan para penonton = HUJAN, yeah, sume kedepan, kosai pun ikot je, panas semacam. So dalam menonton tu, kosai dapat juge la snap beberapa picture sebab dah bawak camera. So antara image2 nye merupakan :




HUJAN malam tu perform lebih kurang 15 lagu.
Lagu yang kosai ingat:

Jiwa Kelajuan
Luka Mana
Pagi Yang Gelap
Aku Scandal
Empayarmu
Rantai Rasa
Ku Mahu Kau Tahu
Ahmoi Chantek
Kuala Lumpur
Romantik
Mencari Konklusi
Besi Sangkar di Hatiku
Obsesi
Bila Aku Sudah Tiada
(Senarai lagu ini tidak mengikut turutan)

Kemudian ade sesi photografi dan poster percume yang akan ditanda tangani oleh kumpulan HUJAN. Mase sesi ni kosai senyap2 menyelinap ke belakang Dimas dan mintak kat beliau kosai punye mane, hahaha, sebenarnye dah mintak kat Dimas sebelum show. Tapi belum ditandatangani, kosai tanye,

kosai : mane autograf?
Dimas : Nanti2 la aku sain.



Haha, sampai harini tak ambik lagi, rasenye takkan ambik dah. Haha.
Xpelah, sume CD kosai dah ditanda tangan. Beg Channel [v] pun.
So mase sesi HUJAN with Raingers tu kosai duk kat pintu depan same2 ngan Alef, Kak Jiggy dan Cikai. Best la tengok diorang borak2, Cikai asyek tembak Alef je, tagline die " senyuman manis dibawa alef~", haha.



Mase di Kunang-Kunang, kosai beli merchandise baru. Alangkah kecewa sebab ade merchandise yang maseh lagi belum siap dan sepatutnye ade, tapi tiada malam tu.
Merchandise baru yang kosai beli :

Pick Guitar HUJAN X 2
Drumstick HUJAN
Tee HUJAN @ Kunang-Kunang
Guitar kecik sourvenir HUJAN @ Kunang-Kunang

Lepas persembahan dari kumplan HUJAN, ade persembahan dari Papa Rock = Ramli Sarip. Tapi kosai xtengok pun, haha, datang semata-mata HUJAN. Ahli band StoneBay pun datang juge. Yang xdatang cume orang kuat HUJAN Elmi. Kate Alef, sebab Elmi dapat adeq baru.



Mase abesnye sesi HUJAN with Raingers, Dimas keluar pergi kat kosai kat pintu depan, katenye nak balik dah, sebab esoknye ade flight ke Kuching Sarawak pukul 6 pagi. Dengar Dimas nak balik cepat2 mintak CD payung HUJAN yang kosai beli, haha. Seb bek beliau ingat. Dapat la, dan dapat autograf kat pintu tu. Tapi JAJA dan AG xdapat sebab diorang balek cepat. Haih, dah la jalan kat pintu depan tu pun cepat, xsempat tegur. Melepas.

Mase amek autograf kat Noh, mintak beliau approve kat Facebook.

Noh : Akaun mane?
kosai : Yang Mohd Salleh tu (name mase tu maen tibai cakap je sebab nervouse, haha sori Noh)
Noh : Uih, akaun yang tu dan penuh la, 5000 lebih dah tu, pastu orang cakap-cakap aku sombong sebab xapprove diorang.
kosai : Alamak, yeke? erm, yang Hujanism tu?
Noh : Akaun tu tuk awek ngan member2 je.
kosai : aku pun kawan ngan budak2 ni weh, alef sume aku kenal, cikai aku yang bawak pergi sini. (giler mengharap)
Noh : Oh baru sekarang kao nak ngaku. Haha
kosai : Cikai giler la, die buleh bawak motor xde visor. Naek EX5 tu pakai helmet separuh je kao tao, dah la dari Melaka.
Noh : Serius? Mane die?
(kemudian dialog ini berterusan, sampai kosai bergambar dengan beliau)

Lastly, mase amek augraf dengan Am, cakap-cakap dengan beliau, Am tanye ;

Am : Kao xbalik lagi ni duk mane?
kosai : Aku duk sini je.
Am : Selayang kat ne?
kosai : Kampung Sungai Tua, dekat dengan Kampung Nakhoda, tahu?
Am : Tau2, dekat je, aku kat Kampung Batu.
kosai : Kampung Batu? taktau.
Am : Koperasi polis, tau?
kosai : ohhh, belakang kolej aku je tu. (hari2 lepak ngan kao la AM). Hahaha.

Then sume balik, offer Cikai tido umah kosai beliau xmao plak. So kitorang sume gerak ke destinasi maseng2 pukul 1 pagi.
The End.

Ahad, 21 Jun 2009

First Gathering RAINGERS VS HUJAN BAND! ( Aku pergi) Muahaha

21 Jun 2009 = Tarikh yang amat2 la kosai tunggu dan chop daripada aktiviti2 lain.
Sebab hari ni merupakan hari GATHERING HUJAN VS RAINGERS di ITUDIO STUDIO dalam KELANA MALL tinkat 2 di bandar KELANA JAYA.

Tido lewat pagi tadi, kul 2 lebih, sebab ingatnye nak jage malam tros overtime je pagi esok gerak gi Gath (gathering HUJAN vs RAINGERS). So bangun dalam kul 9 pagi. Xcuak pun sebab rase macam awal. So online dan cari baju RIBUT DESIGN yang kosai sengaje tinggalkan kat umah nenek sebab Gath. Tapi lepas sejam cari xjumpe. Pakai aje baju CLICK A CHILD. Haih.

So siap2.
Siap dari siap2 jam 12.

Jam 12 tengahhari,
Siap je terus start motor, gerak ke BATU CAVES ambik member, SYEBU. (Memang sayang giler la kat Syebu, die merupakan photografer kosai harini).

So masuk highway KEPONG dalam 12.15 tengah hari, sampai di KELANA JAYA pukul 1 sharp2. Gi GIANT jap draw duet tuk borong merchandise HUJAN, hehehe. Then terus gi KELANA MALL tuk register nama.

Sampai2 je floor 2 KELANA MALL, kuar je dari lift dah nampak penuh orang2 kat depan ITUDIO STUDIO. Pergh, kosai ingat dah lewat, upenye krew2 GATH kat situ ramai2 jage pintu depan.

Orang pertama yang kosai nampak merupakan ALEF, yeah, sampai2 terus salam sama die dan kosai kate "saya raingers baru" dan die kate "aku kenal kao". Haha, kitorang gelak sama2.
Die suh cari nama, kosai cakap "aku punye nama atas sekali, haha" (walaupun tak tengok list mase tu)
Die pun cakap "giler, haha, mase aritu pun aku tengok awal giler ko!" Haha
ALEF merupakan krew yang incharge kedatangan mase kosai sampai (tukar2 shift, seb bek dapat time ALEF).

ALEF tandakan nama dan suh kosai tandatangan, then kosai cakap "ni ade bawak kawan, nama die SYEBU (bukan nama sebenar)" dan kitorang dapat tiket masuk. Mase ni baru kul 1.15 petang.

kosai pun tanye ALEF, "start kul bape?".
ALEF : start kul 2, tapi better ko datang stanby kul 1.30.

Kitorang (kosai dan SYEB) pun turun dulu ke bawah dan minum. (Panas giler mase ni, tu pun seb bek xsampai awal sangat).
Lepas pada minum terus naik, jam mase tu menunjukkan pukul 1.45 petang.
HUJAN maseh belum sampai. (JAJA dah ade kat belakang stage)

kosai tanye (sebab dah lame sangat tunggu, busan so tanye kat ALEF) "mane merchandise?"
ALEF : Baju kat NOH, die semalam abes je show kat dataran terus gi IPOH amek baju, pagi tadi kul 7 baru sampai, so sekarang tengah kroh2(gaye tido) lagi"
kosai : Ow

kat sebelah ALEF ade ELMI, JINGGY, dan ARRA (sume krew2 HUJAN dari hujan.org)
kosai tanye "Ni ke ARRA?"
ALEF : A'ah. (Kecik orangnye walaupun die tua setahun dari kosai)

Then lepak dalam ITUDIO STUDIO, ramai giler orang.
Tak lame lepas tu, munculla HANG DIMAS di pintu depan.
NOH plak masuk pastu. Tapi krew merchandise (PUTERI) tanye NOH, "mane CD ngan payung?"
NOH : (buat gaye bengang sebab lupe) aku gi amik jap la. Runner2.

Then DIMAS mulekan katakatanya dengan
"Sume dah makan blom? Nak makan kene nyanyi, nyanyi baru dapat makan. Haha. Keh sementara tunggu ahli2 band yang lain, buleh makan dulu k. Free je, rugi xmakan. Dah bayar mahal tu."

Dalam 15 minit selepas tu munculnye AMBOBZEELA kendian AG COCO (bersama awek dan maknye, rasenye la)

Haaaaa, ni baru nak start cerita pasal HUJAN dan SHOW.

MC pada malam ni merupakan bos GATH itu sendiri dan juge merupakan owner dan host pada rancangan CAMNI CAP EHH!, iaitu ELMI.

So, kate Elmi sume dok depan sebab function nak start. Then kitorang sume merapat2kan kordinat maseng2. Then HUJAN BAND pun setting sume equipment. Dan Dimas bersuare sebelum show mule. Kateye "Thanks pada RAINGERS yang menyokong HUJAN dan thanks pada RAINGERS juge yang telah arranged this GATH, berikan tepukan pada anda semua."

Time ni ade nampak BOS CEGHAP masuk. Hehe. Hensem! Muahaha, bos blanje ABC pat! haha.

Show start dengan doa yang dibaca oleh ADLIE, krew HUJAN dan CAMNI CAP EHH! ni.

Habes bacaan doa, ELMI MC balik dan kate show akan dimulakan dengan persembahan dari OTAM. OTAM menyanyikan 2 buah lagu. First lagu PULAU PERHENTIAN dan 1 lagi (kosai memang tak ingat name lagu die, sori la OTAM)
Persembahan seterusnye dibawakan oleh JAYZUAN. 1 lagu saja yang berjudul GADIS ELEKTRIK. (JAYZUAN nampak macam dah rapat giler dengan HUJAN, NOH siap nyakat2 die lagi time die nak kuar)
Then persembahan dari BAND JOANNA & CO, ELMI cakap macam ni mase depa nak kuar "ok sekarang ada persembahan dari BAND JOHANNA & CO, jangan pandang lebih2 ye vokalis die sebab aku dah chop dah, haha" (Cun sangat kak JOANNA ni, mule2 memang xkenai pun band ni)
Diorang nyanyi banyak lagu, first song ialah LUTSINAR, then dan tak hengat, tapi last song ialah PELANGI, yeah baru tau ini band sangat sedap dan dah lame.
Then dibawakan BAND STONEBAY yang membawakan lagu SI MURAI PENIPU dan SANGSI, best jugak.
Seterusnye mempersembahkan COCO, yeah suke time ni. AG cakapcakap, katenye, band ni dah lebih 10 tahun dan dah persembahan yang keberape ratus tah. Haha. Lawak giler, sambil berloghat utara. NINE pun ade buat katakata, kateye pulak NOH mase mule2 kenal gile kurang hajar, haha pastu sume gelak je. COCO maen 2 lagu je, due2 lagu baru.
Then masuk BLIZ, maen lagu MIMPI YANG MATI.

Mase Band lain perform, noh duk betol2 depan kosai. ngeh3.

Kemudian masuk BAND pujaan ramai, HUJAN!
Banyak giler lagu diorang maen. NOH cakap2 yang diorang xpilih lagu, harini hari RAINGERS, kitorang yang pilih lagu, haha. Dimulekan dengan KUALA LUMPUR, kendian PAGI YANG GELAP, ROMANTIK, AKU SKANDAL, KOTAK HATI, GUNDAH, DI KALA REMBULAN BERMAIN BIOLA, LONELY SOLDIER BOY, KU MAHU KAU TAHU, PIJAK HATIKU (feet FYNN JAMAL), dan lastly BILA AKU SUDAH TIADA.
Mase HUJAN maen macam2 lawak kuar, diorang termaen lagu BUNKFACE la, NOH punye Gosip la, AG salah maen, DIMAS gurau2. Best giler.
Lastly FYNN JAMAL perform sebuah lagunye dan tamatla show.

Then dah habes show, ELMI MC suruh raingers2 line up untuk amik gambar dan autograf.
Memang sesak time ni, ramai giler beratur. Haha, kosai x pun. Menyelit2 je.
kosai gi belakang dan borong merchandise kat kaunter. Antara barang2 yang di kebas ialah 1 ep HUJAN 1,2,3 GO, 1 ep STONEBAY, 1 ep JOHANNA & CO, 2 pack Sticker & Button HUJAN, 3 keping Glass Sticker HUJAN, 1 Payung besar HUJAN dan sehelai T-SHIRT baru HUJAN. (dapat beg CHANNEL [V] dan CD promo Indonesia percume).

Kendian kosai mintak autograf sume2 artis yang kosai kenal. Dan amik gambar bersama diorang.
Then bergambar bersama2 dengan RAINGERS & HUJAN.
Tak lupe pada krew2, ALEF, CEGHAP, pun kosai amik gambar diorang.
Kemudian salam2 sume orang.
Dan lepas tu balik.
Memang best, AD siap wish safety mase balik, ALEF suh contact die bile2 mase.
Picture sok la upload, ngantok la. Haha

Jumaat, 12 Jun 2009

Movie baru yang di tonton.

Baru2 ni ade gi 1 Utama dekat Damansara jalan2 dari kul 11 malam sampai kul 3 pagi. Xde pape pun, sume dah tutup. Yang ade cume panggung wayang je.

OK nak dijadikan cerita, first2 kitorang dari raub ke KL ni sebab Ber (kawan kosai) nak berjumpe dengan awek die yang belajar kat kawasan Damansara tu. Yang menyertai pasukan makan angin kitorang ni ialah :

kosai - penunjuk jalan & second driver
Ber - Driver & owner kerete satria yang kitorang naek same2.
Mat - Tukang sapot makan kitorng. Haha.
Intan - awek Ber yang naek kete ni mase kitorang sampai kat damansara je.

okeh, start perjalanan kul 5 petang. Sampai KL kul 7 malam. Nak pergi ke damansara plak sesat. Abehkan sejam kat highway. Sebab xtau kat mane hostel awek Ber ni. Eh2, bukan sesat cari damansara, sesat kat Damansara nak cari hostel Intan. Sampai2 terus amik die ajak pergi 1 Utama (antara shopping complex yag terbesar kat KL). Sampai kat 1 Utama dah pukul 10 malam. Jalan2 jap. Pastu ajak gi tengok wayang. Cadangnye nak tengok Terminator Salvation, sekali tiket penuh la. Night at The Museum 2 lak dah xsempat nak amik tiket (tengah running). bengang giler

Last2 tiket yang ade hanyala cerita kartun umum yang berjudul Monster Vs Alien. Haih, dah terpakse, so beli jela tiket. Tapi bile tenngok dan ingat2 balik, syok juga, ade bnyak unsur2 lawak. So movie start pukul 11 malam, abes pukul 1 pagi. Anes je kitorang terus cari parking kerete tempat kitorang parking. Tapi yang malangnye kitorang sesat wo. bengang giler. Sebab kedai2 yang ade pun dah tutup lampu2 so kitorang xdapat agak kat mane pintu kitorang yang tadi. Lepas sejam pusing2 cari kerete. Kitorang jumpe pakguard je, senang crite. Last2 sekejap je die bawak kami pergi kat kete. hampeh.

ok abes cerita pasal Monster Vs Alien.

Semalam, dari Raub gerak naek motor ke KL sambil member ikot (Ber, Mat dan Kamarul) naek kerete Ber. Hantar Motor kat kampung sebab nak masuk kolej dan duduk umah neek je ulang alik hari2. Mohon Ipta xdapat plak, Haih bengang ya amat. So terima tawaran yang ade je la. Kolej Islam Antarabangsa kat Gombak, memang dekat dengan umah kampung yang berada di Selayang.

So sampai2 je, kosai letak motor kat umah nenek dan keluar naek kerete Ber gi 1 Utama. Gi tengok wayang lagi. Kali ni dapat tengok Terminator Salvation. Yeah! Suke giler. Memang sangat seronok. Amat suke ceritanya. Dan mase balik, kitorang dah xsesat lagi. Sebab movie start kul 9 malam, dan abes kul 11 malam. So kedai2 maseh bukak lagi lampu diorang. Okeh pastu diorang hantar kosai balik rumah nenek dan diorang balik. (kosai stay je kat Selayang). Sok baru balik Raub.

OKeh, so cume nak cakap yang Terminator Salvation sangat best! Bagi yang sempat kejar wayang, tengok la kat sane, yang xsempat, beli la CD atau DVD yang ori (atau yang cetak pun xpe la) sebab cerite ni memang best. kosai bagi 5 bintang kat cerita ni.

So enjoy reading!

Selasa, 2 Jun 2009

Afnan a.k.a Bestfriend yang kemalangan!

Tadi pas Isyak gi tengok Afnan ynag baru2 ni kemalangan. Ingat ke nak bawak air penapis BBA sekali ke rumah die suh die minum. Last2 lupe plak. Air Tertinggal. Malas nak patah balik so pergi melawat je harini. Memang sampai2 ke rumah die pun dah rase takut. Takut Afnan dah jadi lain. Haha. Masuk je dalam rumah nampak katil Afnan kat ruang tamu, memang sengaja bagi die tido situ nak bagi die tengok TV. Mule2 memang salam2 orang rumah dulu, biase la adat. Pastu baru la belek2 kaki Afnan, perghhh seram. Peha die masuk besi sepanjang ballpen.
Antara gambar kaki die :



Peha yang telah dimasukkan besi memang xdapat la nak show kat sini. Peha belah kiri yang kene. Mase mule2 nampak tu memang rase seram2 nyilu. Tapi lepas tengok die pun dok gurau2 rase kurang la risau so mak Afnan hidang Teh O ngan keropok. Afnan tengok je keropok. Hehe. Sian die, dalam pantang lagi. Pastu balik.

Itu saja. Keh enjoy reading.

Ahad, 31 Mei 2009

HUJAN's Gathering!!


Mari ramai2 join the joy and fun. 21 June 2009. Yeah2. Jom jumpa HUJAN.

Image credits to Bos Buttter@Zaki

Image yang dihasilkan oleh titik peluh sendiri. Haha

Check it out...


Hujan Animated by kosai


Yang sepatutnye dirollkan sepenuhnye image di bawah ni, namun tidak jadi. Ahaha

Sabtu, 23 Mei 2009

Bestfriend - Accident! Noooooo

23 May 2009
Hari ni merupakan satu hari yang agak panjang. Sedih. Huh, susah nak cerita.

Okeh, sejak baru balik ke kampung halaman (bandar sebenarnya), memang rindu kawan2 la. So memang pergi jumpe la kawan2 yang tau lokasi rumahnya. Tapi semalam lain cerita, jumpe kawan2 yang dekat2 dengan rumah dan lepak2 ngan diorang, tetibe kitorang ade rancang nak gi tengok kawan kitorang yang duduk jauh sangat2, kira2 40 kilometer la. So pergi balik mahu makan 80 kilometer. Kat sane memang best, kawasan kampung, sungai, tebu, lembu dan macam2 jenis bende yang susah nak nampak kat bandar ade kat sane. So kitorang semalam mase tengah lepak2 minum2, bincang la nak ajak sume bekas2 pelajar yang amik SPM tahun 2008 aritu (batch kitorang la ; p/s: Xtau eja batch tu betul ke tidak) jenguk sekali ramai2 ke kampung member kitorang ni.

Tapi lepas berbincang, cume 6-8 orang je yang nak pergi, tu pun campur dengan budak2 yang nak amik SPM tahun ni. Yang dok asrama pun ade gak nak fly ikut kitorang. (Kitorang ni anttara group yang paling best mase sekolah dulu, sebab tu ramai yang nak join). Antarar yang tercalon tuk ikut adalah;

1) Faiz - 18 tahun
2) Epul - 18 tahun
3) Popeye - 18 tahun
4) Edel - 18 tahun
5) kosai - 18 tahun
6) Afnan - 17 tahun
7) Fikri - 17 tahun

Tapi sayangnye Piki (fikri) si budak asrama yang nak fly ikutt kitorang. Kitorang pun xambik la die, dah la fly, kang jadi pape susah pulak, kitorang tanggungjawab. Ape2 hal warsen cari kitorang punye la.

So 6 orang yang terpilih ni dah pun merancang yang perjalanan kami akan bermula pada pukul 10 pagi hari ini. Tapi sebab kitorang arini nak konvoi motor, si Edel punye motor pulak barai (hancur sebab accident baru2 ni, abang die gi langgar lembu) so tunggu siap repair lama pulak. Tunggu2 punya tunggu motor pun siap dalam pukul 12 tengah hari. Memang jauh la lari masa, ingat mandi2 sungai so kitorang memang dah espect yang xdapat mandi kolam. Tapi xpa yang itu kitorang xkesah lagi, kitorang tetap gerak sebab member kitorang pun dah lame xjumpe, sejak result SPM aritu lagi.

So pukul 12 lebih yang teramatt panas tu kitorang gerak la. Pakai 3 motor je, 2 orang naik 1 motor. Geng2 pemandu dan pembonceng maseng2 merupakan ;

Pemandu/penuggang _ Pembonceng :

kosai _ Epul
Faiz _ Popeye
Edel _ Afnan

Gerak2, ondaway tu Edel yang motor baru siap baiki tu lupe lak buh minyak. Die kate "Wei, nak jalan jauh ni, kang xjumpe stesen minyak pulak. Biar aku isi dulu, aku patah balek kejap karang aku kejar korang. Korang bawak la slow2 tau." kosai hanya mengangguk tanda setuju.

So Edel patah patah balik ke stesen minyak terdekat sambil membonceng Afnan yang berumur 17 tahundan bakal mengambil peperiksaan SPM beberapa bulan lagi. Sambil2 tu, kami (berempat, 2 motor yang lain) bergerak menuju ke arah kampung kawan. Nak kate laju, tidak, nak kate perlahan pun tidak, tapi dengan kelajuan kitorang memang Edel punye motor buleh kejar. Tapi sambil kitorang borak2 atas motor yang sudah pun berlalu setengah jam perjalanan, kitorang pun tertanya2 sesama sendiri tentang kemunculan Edel dan Afnan. "Lame sangat ke isi minyak" kosai berbisik sendirian.

Selang beberapa ketika, ade panggilan telefon pada telefon bimbit kosai. Sambil memandu perlahan, kosai mengeluarkan telefon tersebut dari poket seluar dan motor Faiz dan Popeye pun semakin kedepan menjauhi kami berdua. First call dari Edel kosai memang xsempat nak jawab la, baru terkial2 nak keluarkan telefon dari poket. Tapi ade lagi second call, tapi takkan kosai nak jawab pulak, atas motor bukan dengar ape2 pun. Kami pun meneruskan perjalanan, tapi beberapa saat setelah kosai melepaskan pandangan dari telefon bimbit kosai, ada pula messenge yang masuk. So tanpa berlengah kosai pun papar saja mesej itu, walaupun maseh menunggang motorsikal.

Puh!, Punye la terkejut kosai, mesej tu dihantar oleh Edel, tapi ayatnye sungguh mengacaukan jiwa.

Mesej dari Edel ;

kosai aku eksiden (memang tidak ubah 1 huruf pun)

Pergh, mase tu memang berkecamuk hati la. kosai pun ape lagi, hon motor Faiz dan Popeye lalu berhentikan motor ke tepi tuk memberitahu pada mereka tentang mesej itu. Epul kat belakang kosai senyap je. Bile bagitau kat diorang, sume macam tak percaya. Tapi kosai dah debar2. Memang kitorang selalu gurau2, gurau kasar pun selalu. Tapi kosai xpernah pun dapat mesej camtu dari Edel. So biar la, diorang nampak tak caye pun kosai patah balik, laju giler kosai bawak sampai tertinggal Faiz dan Popeye. Dalam perjalanan, mata mencari2 bekas kemalangan, sambil2 tu kosai dah bace macam2 jenis ayat dah.

Memang dah jauh kitorang gerak, setengah jam, tu dah kire2 20 kilometer dah. So ondaway patah balik, memang kosai memandang kiri kanan tuk cari Edel dan Afnan. Tapi sampai Raub balik pun orang atau motor memang xnampak. So berenti tepi jalan, dan call Edel. Edel angkat lambat, dan kosai pun tanya "alo, ko katne? kate eksiden?" Edel pule jawab "aku kat hospital ni (suara serak2 basah sebab sedih). Perghh, lagi cuak kosai. Macam teruk je. So kitorang bergegas ke hospital Raub.

Sampai2 memang xpadat la nak jumpe Edel depan mata, so tanya kat kaunter man yang ade kat situ. "Ade kawan saya datang sini tak tadi? Kawan saya die eksiden". MA tu pun jawab " oh, die ade kat dalam wad separa kritikal". So kitorang tunggu saja di luar wad kecemasan, tak lame kemudian edel keluar terjengket2 sambil muka tangan dan kakinya habis dimamah luka yang lebar2. Memang nampak isi kat bahagian lengan tu.
Bawak Edel duduk kat bangku menunggu dan tanya die perlahan2 ;

kosai : Afnan mana?
Edel : (macam nak nangis cakap yang "Afnan ade dalam wad lagi") (Edel bukan nangis sebab sakit, tapi die risau dekat Afnan yang memang teruk katenye)
kosai : Macam mane buleh eksiden?
Edel : (Suare teresak2) Aku nak potong jalan, tadi ade bas, aku dah bagi signal, tapi kete depan aku pun nak potong bas tu. So mase aku speed memotong nak potong due2 kete tu bagi signal jugak dan terus je masuk kanan. Die tak nampak kami kot. Isk2. Memang bukan salah due2. Aku dah tak sempat nak tekan break, aku langgar kete die. Melambung naik atas kete dan terus langgar busten yang ade kat sebelah kanan jalan. Aku xsedar lansung mase eksiden, tahu2 aku dah terbaring. Afnan macam xteruk, die kate "aku xde pape". Tapi aku tengok muke die memang macam dalam kesakitan.
kosai : Abes pastu macam mane korang sampai sini? mane motor? kitorang xnampak pun.
Edel : Ade mak cik dan pak cik2 kat situ tolong kami. Aku langgar kete Suzuki Swift hitam. Aku suruh mak cik tu carikan telefon aku tuk contact korang. Fon aku melambung duh, Afnan lagi la.
kosai : ok2 sekarang kao rehat, jangan nangis2, rilek. (sambil kosai mengurut badan belakang die)

Tak lame kemudian, ade doktor keluar dari wad kecemasan Afnan. Katanya, "ada patah ni". Wuish. kosai dengar terus rasa risau. Tapi xtau kat mana, Edel pon xtau juga. Doktor tu pesan, nak masuk buleh, tapi sorang2, xmau sesak2 kat dalam. Popeye masuk dulu usha2 Afnan, 2 minit kemudian die keluar dan cakap "ui, kaki Afnan duh" Edel terus macam nak nangis lagi sebab die rase bersalah kerana die yang membonceng Afnan.

Kemudian Edel nak masuk, kosai pun bawak die masuk, tapi kate doktor, "kamu tak payahla risau, die elok la kejap lagi". (Doktor nak suruh Edel keluar sebab Edel pun kosai tolak pakai wheel chair) Kitorang pun keluar, tapi kosai sempat tengok2 Afnan. Matanya bukak, tapi die macam khayal je. Macam tak sedar sangat. Mungkin ubat doktor kot.

So mintak Edel contact bapak die. Tapi abang die sampai dulu. Kemudian ayahnya sampai. Ayahnya macam nak marah die, tapi kosai ade kat situ. So tak jadi. Ayah die tanya2 dan lepas tu terus masuk wad Afnan dan ambil telefon Afnan dan call ayah Afnan pula. MInta die datang dan ceritakan segalanya.

Lepas beberapa ketika, doktor keluar kate okeh awak(kosai) sorang2 ikut die pergi buat x-ray. Doktor xdapat kepastian, so gi buat x-ray nak tengok tahap kecederaan. Memang mase tolak katil Afnan, ade MA yang bawak, tapi kosai tanye2 juga pada Afnan, die kate sakit pada bahagian kiri. Masuk ke kamar x-ray, kosai diarahkan keluar, kosai genggam tangan Afnan erat2, kemudian MA tarik. "Awak kene tunggu kat luar" katenye. Kosai pun tunggu kat luar sambil panggil kawan2 lain. Masa tu juga Ayah Aafnan sampai. Muka ayah Afnan rilek, tapi memang nampak reaksi kemerah-merahan dan kerisauan di mukanya.

Kitorang bercerita pada ayahnya semua butir2 informasi yang kami tahu. Edel mase ni tengah baring di katil wad separa kritikal. Doktor suh baring tuk rehatkan badan. Afnan pun keluar dan kate MA "tulang peha die patah, kene hantar hospital Temerloh ni". Pergh, Ya Allah. kosai dah macam ape dah tangan terketar2. Pastu amik keterangan kat depan, Edel dah buleh balik. Tapi Afnan kene tunggu ambulance ke Temerloh amik die. Afnan punye tulang paha kene ganti dengan besi. Huh, kosai memang meremang bulu roma dengar camni.

Dan lepas Edel balik kitorang pun salam2 sume orang dan gerak juga. Minum kat kedai makan sambil cerita2 pasal hari ini. Memang sedih la, itu pun naseb baek kitorang xtengok aksi kemalangan tu, kalau nampak depan mata memang xbuleh tido malam ni. Ini pun kali pertama ade orang kemalangan dalam setiap ekspedisi kitorang. So kitorang memang ambik iktibar dan buat hari ini sebagai pengajaran la tuk kehidupan kitorang akan datang.

Edel dan Afnan moga cepat sembuh! InsyaAllah. Amin

Isnin, 18 Mei 2009

17th May?? Meeting with HUJAN!!

Assalamualaikum, para readers.

Hari ni merupakan hari pertama aku berpeluang menjumpai kugiran Malaysia kegemaran aku, iaitu band Hujan. Memang agak jauh perjalanan dari Selayang ke Petaling Jaya walaupun naik kereta Toyota Vios Pak Cik aku yang sedang berada di Jepun. Pulak tu sesat2 juga kat high nak masuk ke Petaling Jaya last2 minit nak sampai, terlebih 20 kilometer menghala ke Putrajaya. Bile patah balik jadi 40 kilometer (jalan sesat saja). Pergh, memang keciwa la, minyak pon habis banyak.

Ok, first2 ceritanya bermula macam ni.
Perbualan pukul 10 pagi bersama seorang rakan yang tau selok2 belok jalan KL.

kosai : Hello, Assalamuaikum.
Syeb : Waialaikumussalam, asal? (suare serak2 basah sebab baru je bangun tido)
kosai : Wei, tido ke? Aperaaa. Hmm... Woih, aku nak gi Kelana Jaya ni, ko nak ikot tak? Jom la, ade hal sikit.
Syeb : Hah, nak gi pukul berape?
kosai : Ko boleh siap dalam kul 11? kull 11 lebih kite gerak la. Kali ni aku bawak ko jalan2 nek kete plak. Semakin maju aku sekarang. Muahaha.
Syeb : 11? Ko ade kat mane ni? boleh2.
kosai : Ok chantek! Aku kat umah nenek la. Takkan nak ajak kao jalan dari Raub plak.


Pukul 11.30 pagi,
Start kete, pastu teros gi amik Syeb kat Kampung Baru Batu Caves. Sampai2 depan umah die, memang sedang elok die pun muncul, memang sharp2 ikut timing la. Tapi die punye terkejut tengok si hensem kosai bawak Vios. Ahaha (yang hensem tu xbetol). Pastu kitorang pon gerak.

On the way nak keluar Gombak,
Gerak je dari rumah Syeb, cerita la kat die pasal nak pergi Itudio Studio, yang terletak di Kelana Mall. Die pun tanya, "nak watpe gi sane?", kosai : "ade meeting la, dengan HUJAN". Sekali die punye gelak, macam (xtau nak cakap macam mane). Last2 buat muke serius siket, die macam percaye tapi siket2 je.
Dalam pada tu juga, Itudio Studio punye highway dan nama2 tempat yang berdekatan dengannya dah pun kosai salin atas kertas dan tunjuk pada Syeb, tapi die kate "alamak, jalan ni aku xpernah pergi la, aritu pergi PJ pon pakai jalan lain" katanya. Last2 kitorang bedal je jalan yang ade signboard tulis Petalig Jaya.

On the way dalam highway,
Kitorang men taram je highway2 yang ade, rasenye yang mule2 tu masuk NKVE pastu federal pastu apetah, walhal yang ditulis atas kertas ialah highway Damansara - Puchong. Dari kul 11.30 pagi tadi jalan atas highway, sampai kul 1 petang pun xsampai lagi. Memang giler2 la sesat. Ade satu kali kali signboard tu kosai lambat siket perasan yang ia ade tulis Petaling Jaya. So, termiss la satu jalan, kitorang pun fikir yang ade jalan tembus lagi kot kat depan, sekali xde dah. Cari U-turn pun xde, tu yang terlepas sampai 20 kilometer tu.

Itudio Studio,
Patah balik dari kesesatan dan ambik balik jalan miss tadi pastu terus sampai. Sampai2 Petaling Jaya senang pulak cari Kelana Mall. Masuk parking kat groundfloor dan pastu masuk lift terus tekan "2". Memang takut lewat la mase tuh. Sampai2 kat Kelana Mall mase tuh 1.45 petang. (kate orang kuat Hujan.org meeting bermula kul 2 petang). Sampai2 floor 2, memang terkejut giler, ingat Kelana Mall macam KLCC, rupanya, xbanyak kedai2 pon yang ade berniaga kat situ, so memang senang cari Itudio Studio ni.

Time kitorang dok tercegat kat depan Itudio Studio tu, ade akak ni, kecik molek je orangnye, Anna namenye, keluar dan tanya "ni tunggu Dimas ke?". Pas bual2 jap, die ajak masuk. Rupe2nye, kitorang yang paling awal sekali.

Masuk2 memang nampak best la Itudio Studio ni. Cume mase tuh, orang2 yang jaga Itudio Studio tu ngah breakfast. Aik, breakfast kul 2? haha. Tapi Itudio Studio ni memang best la. Sementara tunggu yang lain2, kitorang usha2 la sume2 yang ade kat dalam tu. Baju2 bad indie ade, koleksi click a child pon ade, kemudian ade kasut yang diubah suai tangan product Boonga Shoes, memang chantek2. kemudian ade potret2 ilustrasi dan poster yang giler2 lawa.

Pukul 2.15,
Geng2 Camni Cap Eh! sampai, kosai selalu jugak usha2 blog diorang. Memang best. Camni Cap Eh ni dikendalikan oleh Elmi dan Shyshy (kalau melalui Hujan.org kenal Elmi je). 10 minit selepas tuh, Hang Dimas dari band Hujan pun sampai. Terus je salam aku. Pastu kitorang sume dijemput duduk kat meja meeting yang memang special la, credits to Itudio Studio, sebab atas meja dah pun disediakan pembuka selera. Kemudian Dimas ajak makan dulu sebelum mula, die buleh kate yang pukul 2.30 petang tu merupakan breakfast die? pergh, seksanya perut. haha.

Pukul 3 petang,
Perbincangan start, Dimas mule dengan mengatakan yang "Noh xdapat datang, ade shooting dekat ipoh, kalau sempat balik awal, die join, kalau tidak, die balik malam, Ag xdapat contact die, lagipun die sebok, dan Am..... mase ni maseh tido lagi kot, haha."

kosai punye la kecewa, dah la gathering tukar tarikh, ahli2 HUJAN pulak sebok belaka.

Meeting,
Sepanjang meeting yang berlalu selama 3 jam setengah (3 - 6.30 petang), Dimas bercakap hampir sepanjang2 mase tuh. Kitorang macam patung je dengar, mungkin segan kot sume2, sebab kosai memang segan giler. Dimas memang pandai bercakap la, speaking pulak tu. Respect!. Die usulkan pasal HUJAN punyer Web, Merchandise, Komuniti Raingers, Gathering, dan lagu baru untuk album yang akan datang. Die jugak serahkan kerja2 mempertingkatkan pengurusan laman web kepada raingers2 yang hadir dan yang belum tahu.

Setengah jam terakhir,
Kitorang dibenarkan mendengar lagu2 baru HUJAN yang maseh belum pun direcord secara sempurna dan rasmi (demo type katenye). Memang masyuk otak giler2 punye lagu baru HUJAN. Lepas dengar lagu yang tidak lagi disiapkan sepenuhnya, sesi pun tamat, kitorang dibenarkan balik, yang nak stay lepak2 stay la, kate Dimas. Tapi Elmi bersuara sebelum semua bersurai, Die mintak tangkap gambar, Dimas pon, "oh, ok2, jom tangkap gambar jom2" haha.

Pastu balik, balik sekejap je, ikot Kepong. Keh, Niteeeeee..

Ahad, 10 Mei 2009

Happy Mothers Day! Khas buat Mak di rumah.

10 May 2009. Ni merupakan tarikh bagi Hari Ibu sedunia. Jadi bagi menghargai Hari Ibu ini, daku ingin menyampaikan sebuah cerita yang telah ku temui. Ia sangat2 la mengingatkan kita terhadap ibu kita yang telah pon banyak berkorban untuk kita selama ini. Jadi dengan ini bermulanya kisah Ibu Mithali.
__________________________________________

IBU MITHALI

PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya, telah terkalung pingat "Ibu Misali". Tangan kanannya menggenggam erat satu sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah iringan. Anaknya setia melangkah di sisi.

"Sekarang ...," suara pengacara majlis bergema kembali, "Tibalah kita kepada penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir. Penerima ini agak lain daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan Puan Afifah Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk tampil memperkenalkan ibunya. Dipersilakan. "

Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu. Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun.

Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik ke pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang kelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka dijemput?

Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung ungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas.

Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang penerima sebelumnya. Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Dia beralih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati lantai pentas.

'Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang akan menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejap berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru muda yang dipakainya.'

Dehem si anak dalam pembesar suara membuat aku sedikit tersentak.
Tumpuanku yang sekian lama terhala ke pentas, aku alihkan pada buku notaku. Aku menconteng-conteng helaian yang masih putih bersih itu untuk memastikan penku dalam keadaan yang baik. Kemudian, aku memeriksa kameraku. Filemnya masih ada. Baterinya masih dapat bertahan.

Sempat juga aku mengerling rakan-rakan wartawan dari syarikat akhbar dan majalah lain yang duduk di kiri kananku. Nampaknya, pen sudah berada dalam tangan masing-masing. Mata mereka sudah terarah kepada ibu di atas pentas dan anak yang sudah pun memulakan bicaranya dengan bismillah dan, memberi salam.

Aku tersenyum dan mengangguk kepada rakan- rakan wartawan yang duduk semeja denganku. Tetapi, senyuman dan anggukanku sudah tidak sempat mereka balas. Aku lantas mengemaskan dudukku mencari posisi yang paling selesa.

"Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah, kerana dengan izin-Nyalah saya dan, mak berada dalam majlis yang gilang-gemilang ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihak penganjur yang telah mempertimbangkan mak saya sebagai, salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini."


Suasana menjadi sunyi. Hadirin memberi tumpuan sepenuhnya kepada percakapan gadis itu.

"Sebetulnya, ketika saya kecil, saya memang membenci mak. Darjah kebencian itu meningkat setelah saya mendapat tahu Puan Afifah hanyalah mak angkat saya. Pada masa yang sama, saya merasakan sayalah anak yang paling malang, disisihkan oleh ibu sendiri, dan diperhambakan pula oleh mak angkat untuk membantu menjaga anak-anak kandungnya"


"Membantu menjaga anak- anak kandungnya? Mungkin, persoalan itu sedang pergi balik dalam benak tuan-tuan dan puan-puan sekarang. Persoalan itu pasti akan terjawab sebentar lagi, apakala saya mempertontonkan rakaman video yang memaparkan kehidupan anakanak kandung mak. Sebelum itu, saya harus menegaskan bahawa anak-anak yang bakal hadirin lihat nanti bukan terdiri daripada doktor, peguam, jurutera, pensyarah, ahli perniagaan, pemimpin masyarakat, dan guru, seperti mana anak ketiga-tiga "Ibu Misali" yang baru menerima anugerah sebentar tadi."
Suara hadirin yang kehairanan mula kedengaran.

"Inilah dia abang-abang dan kakak- kakak saya!" suara hadirin semakin kedengaran. Mereka tidak dapat membendung rasa kekaguman.

"Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Abang Long. Yang sedang merangkak ke sana ke mari itu, ialah Kak Ngah. Yang sedang mengesot ke ruang tamu itu, ialah Abang Alang. Yang sedang berjalan sambil berpaut pada dinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedang berjalan jatuh dari dapur ke dalam bilik itu, ialah Abang Andak."

"Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan, tahap kecacatan fizikal dan mental abangabang dan, kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang tidak boleh bercakap dan bergerak langsung, seperti bayi yang baru lahir hinggalah kepada yang boleh berjalan jatuh dan, bercakap pelat-pelat, seperti budak berumur satu atau, dua tahun."
Hadirin yang sebentar tadi bingit suaranya kini terdiam kembali. Mereka menonton video yang sedang ditayangkan itu dengan khusyuknya.

"Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telah menjangkau usia 20-an dan, 30-an. Namun, meskipun telah dilatih dengan sungguh-sungguh, mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan berak kencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak melayan makan dan, pakai mereka."
"Sewaktu saya berusia enam atau, tujuh tahun, saya sering mencemburui abang-abang, dan kakak-kakak kerana mereka, mendapat perhatian istimewa daripada mak. Saya iri hati melihat mak memandikan mereka. Saya sakit hati melihat mak menyuap mereka. Sedang saya disuruh buat semua itu sendiri."

"Mirah dah besar, kan? Mirah dah boleh uruskan diri Mirah sendiri, kan?" Lembut nada suara mak tiap kali dia memujuk saya. Namun, kelembutan itu telah menyemarakkan api radang saya

"Tapi, mak tak adil!" Saya kerap membentak. "Mak buat segalagalanya untuk kakak- kakak dan abang- abang. Kalau untuk Mirah, mak selalu berkira!"
"Mirah, abang-abang dan kakak-kakak Mirah tidak secerdas Mirah. Mereka cacat!" Berkali-kali mak menegaskan kepada saya. "Sebab itulah mak terpaksa membantu mereka."


"Mereka cacat apa, mak?" Saya membeliakkan mata kepada mak. "Semua anggota mereka cukup. Kaki dan tangan mereka tidak kudung. Mata mereka tidak buta. Yang betulnya, mereka malas, mak!"

"Mirah ... Mirah belum faham, sayang." Suara mak akan menjadi sayu tiap kali dia mempertahankan kakak-kakak dan abang-abang saya. Tetapi, kesayuan itu tidak pernah mengundang rasa simpati saya.

"Apabila difikirkan kembali, saya merasakan tindakan saya itu terlalu bodoh. Abang-abang dan kakak-kakak tak pernah kacau saya. Mak pun cuma sekali-sekala saja meminta bantuan saya menyuapkan mereka makan atau menukar kain lampin mereka. Itu pun saya tidak pernah ikhlas menolong.
Saya akan merungut tidak henti-henti sepanjang masa saya melakukan itu. Jika makanan yang saya suap tumpah atau jika abang-abang dan kakak-kakak terkencing atas tangan saya, ketika saya sedang menyalin kain lampin mereka, tangan saya ringan saja mencubit atau menampar mereka. Saya tahu mereka tidak pandai mengadu perbuatan jahat saya kepada mak. Ketika itu, memang saya langsung tidak punya rasa hormat kepada abang-abang dan kakak-kakak. Kepada saya, kehadiran mereka menyusahkan hidup saya."

"Hantarlah abang-abang dan kakak-kakak ke rumah kebajikan, mak." Saya pernah mengusulkan kepada mak, ketika saya berusia sepuluh tahun.
"Lepas itu, mak dan ayah boleh hidup senang-lenang macam mak dan ayah orang lain. Mirah pun takkan rasa terganggu lagi."

"Mereka anak-anak mak, Mirah. Jadi, maklah yang patut jaga mereka, bukan petugas-petugas di rumah kebajikan." Begitu reaksi mak setiap kali saya mencadangkan hal itu.

"Saya langsung tidak menghormati, apatah lagi mengagumi pendirian mak.
Mak memang sengaja menempah masalah. Mak tidak menghargai jalan keluar yang telah sedia terentang di hadapannya."

"Rasa geram dan marah saya sampai ke puncaknya, semasa saya berusia dua belas tahun. Pada hari itu, mak demam teruk hingga tidak dapat bangun. Ayah terpaksa ambil cuti untuk membawa mak ke klinik. Lalu, saya ditinggalkan untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak di rumah.
Sebelum meninggalkan rumah, biarpun dalam keadaan yang lemah, berkali-kali mak sempat berpesan kepada saya, agar jangan lupa memberi abang-abang dan kakak-kakak makan, dan menukar kain lampin mereka."
Suasana dewan terus sunyi. Hadirin masih khusyuk mendengar cerita gadis itu.

"Itulah kali pertama saya ditinggalkan bersama-sama abang-abang dan kakak-kakak, selama lebih kurang lima jam. Jangka masa itu cukup menyeksakan. Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan kakak-kakak benar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa Abang Long enggan makan. Jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah pula asyik mencirit saja. Letih saya menukar kain lampin mereka. Abang Andak pula, asyik main air ketika saya memandikannya. Basah lencun baju saya dibuatnya. Kak Anjang pula, asyik sepahkan nasi dan tumpahkan air.
Penat saya membersihkannya. "


"Apabila mak dan ayah pulang, saya sudah seperti kain buruk, tubuh saya lunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak dan ayah. Saya terus melarikan diri ke rumah ibu kandung saya, yang terletak di sebelah rumah mak. Begitulah lazimnya. Apabila fikiran saya terlalu kacau, saya akan ke rumah ibu untuk mencari ketenangan."

"Ibu!" Saya menerpa masuk lalu memeluk ibu. "Kenapa ibu bagi Mirah kepada mak? Kalau ya pun ibu tidak suka Mirah, bagilah Mirah pada orang lain yang lebih menyayangi Mirah, bukan mak."

"Mirah!" Ibu merangkul saya. "Kan dah berkali-kali ibu tegaskan yang ibu bagi Mirah kepada mak bukan kerana ibu tak sayang Mirah."

"Lazimnya ibu akan membuka kembali lipatan sejarah hidupnya apabila situasi itu berlaku. Ibu ialah kakak mak. Ibu sakit teruk setelah melahirkan saya. Selama berbulan-bulan ibu terlantar di hospital, mak yang telah menjaga saya. Setelah ibu sembuh, ibu dapat lihat sendiri betapa gembiranya mak dapat menjaga seorang anak normal.

Justeru, ibu tidak sampai hati hendak memisahkan kami."

"Ibu telah berasa betapa nikmatnya menjaga tujuh orang anak yang pintar dan cerdas. Jadi, biarlah nikmat itu turut dirasakan oleh mak pula dengan menjaga Mirah. Lagipun, dengan menyerahkan Mirah kepada mak, ibu masih dapat melihat Mirah membesar di hadapan mata ibu, walaupun Mirah tinggal bersama-sama mak. Dari pemerhatian ibu, ibu rasa, mak lebih menyayangi Mirah berbanding dengan anak anaknya yang lain."

"Sayang apa? Ibu tahu tak yang rumah tu macam neraka bagi Mirah? Ibu tahu tak yang Mirah ni tak ubah seperti hamba di rumah tu?"

"Jangan besar-besarkan perkara yang kecil, Mirah. Ibu tahu sekali-sekala saja mak membebankan Mirah dengan kerja-kerja rumah dan tugas menjaga abang-abang dan kakak-kakak Mirah. Itu pun Mirah buat tidak sesungguh hati. Nasi mentahlah, lauk hanguslah, abang-abang, dan kakak-kakak kena lempanglah."

"Mak adu semua kepada ibu, Ya?" Saya masih mahu berkeras meskipun saya tahu saya bersalah.

"Mak jarang-jarang mengadu keburukan Mirah kepada ibu. Ibu sendiri yang kerap mengintai Mirah dan melihat bagaimana Mirah melaksanakan suruhan mak."

"Saya tunduk. Saya sudah tidak sanggup menentang mata ibu."

"Ibu malu, Mirah. Ibu mengharapkan kehadiran Mirah di rumah mak kau itu dapat meringankan penderitaan mak.

Tetapi, ternyata kehadiran Mirah di rumah itu menambahkan beban mak."

"Saya benar-benar rasa terpukul oleh kata-kata ibu."

"Ibu rasa, apa yang telah mak beri kepada Mirah, jauh lebih baik daripada apa yang diberi kepada anak-anaknya sendiri. Mirah dapat ke sekolah. Kakak-kakak dan abang-abang Mirah hanya duduk di rumah. Mirah dapat banyak pakaian cantik. Sedang anak-anak mak yang lain pakaiannya itu-itulah juga. Setiap kali Mirah berjaya dalam peperiksaan, mak sungguh gembira. Dia akan meminta ibu tolong menjaga abang-abang dan kakak-kakak kerana dia nak lihat Mirah terima hadiah."

"Saya tidak sanggup mendengar kata-kata ibu selanjutnya, bukan kerana saya tidak mengakui kesalahan saya, tetapi kerana saya benar-benar malu."

"Saya meninggalkan rumah ibu bukan kerana berasa tersisih daripada ibu kandung sendiri, atau berasa kecewa sebab tidak mendapat pembelaan yang diharap- harapkan. Saya meninggalkan rumah ibu dengan kesedaran baru." "Sesampainya saya ke rumah tempat saya berteduh selama ini,saya dapati mak yang belum sembuh betul sedang melayan kerenah abang-abang dan kakak-kakak dengan penuh sabar. Saya terus menghilangkan diri ke dalam bilik kerana saya dihantui oleh rasa bersalah. Di dalam bilik, saya terus resah-gelisah. "

"Mirah," panggilan lembut mak seiring dengan bunyi ketukan di pintu bilik saya. "Mirah."

"Saya cepat-cepat naik ke atas katil dan memejam mata, pura-pura tidur."

"Sejurus kemudian, terdengar bunyi pintu bilik saya dibuka. "Mirah dah tidur rupa-rupanya! Kesian. Tentu Mirah letih menjaga abang-abang dan kakak- kakak semasa mak, ke klinik siang tadi. Maafkan mak, sayang. Mak tahu Mirah masih terlalu muda untuk memikul beban seberat itu. Tapi, keadaan benar- benar terdesak pagi tadi, Mirah. Mak janji, lain kali mak tak akan kacau Mirah lagi. Mak akan meminta ibu atau orang lain menjaga abang- abang dan kakak-kakak kalau mak terpaksa tinggalkan rumah"

Sepanjang mak berkata-kata itu, tangan mak terus mengusap-usap dahi saya. Suara mak tersekat-sekat. Saya terlalu ingin membuka mata dan menatap wajah mak ketika itu.

"Mirah, mak tahu Mirah tak bahagia tinggal bersama-sama mak."

Suatu titisan air mata gugur di atas dahi saya. Kemudian, setitik lagi gugur di atas pipi saya. Selepas itu, titisan-titisan itu kian rancak gugur menimpa serata muka dan leher saya.

"Walau apa pun tanggapan Mirah kepada mak, bagi mak, Mirah adalah segala-galanya. Mirah telah menceriakan suasana dalam rumah ini. Mirah telah menyebabkan mak berasakan hidup ini kembali berharga. Mirah telah. ..."

"Mak!" Saya lantas bangun lalu memeluk mak. Kemudian, tiada kata-kata yang lahir antara kami. Yang kedengaran hanyalah bunyi sedu-sedan dan esak tangis.


Peristiwa pada hari itu dan, pada malamnya telah mengubah pandangan saya terhadap mak, abang-abang dan kakak-kakak. Saya mula merenung dan menilai keringat mak. Saya mula dapat menerima keadaan kakak- kakak dan abang- abang serta belajar menghormati dan, menyayangi mereka.

Keadaan dewan menjadi begitu sunyi seperti tidak berpenghuni sejak gadis itu berbicara.

Setelah meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan penilaian darjah lima, saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah, di sebuah sekolah berasrama penuh. Saya telah menolak tawaran tersebut.

"Kenapa Mirah tolak tawaran itu?"

"Bukankah di sekolah berasrama penuh itu Mirah boleh belajar dengan sempurna?"

"Betul tu, Mirah. Di sana nanti Mirah tak akan berdepan dengan gangguan daripada abang-abang dan kakak-kakak! "

"Mirah tak menyesal ke, kemudian hari nanti?"

Bertubi-tubi mak dan ayah menyoal. Mata mereka tidak berkelip-kelip memandang saya.

"Mak, ayah." Saya menatap wajah kedua-dua insan itu silih berganti.
"Mirah ingin terus tinggal di rumah ini.. Mirah ingin terus berdamping dengan mak, ayah, abang-abang dan kakak-kakak. "

"Tapi, boleh ke Mirah buat ulang kaji di rumah? Pelajaran di sekolah menengah itu, bukannya senang." Mak masih meragui keupayaan saya.

"Insya-Allah, mak. Mirah rasa, Mirah dapat mengekalkan prestasi Mirah semasa di sekolah menengah nanti," balas saya penuh yakin.

Mak dan ayah kehabisan kata-kata. Mulut mereka terlopong. Mata mereka terus memanah muka saya. Garis-garis kesangsian masih terpamer pada wajah mereka.. Sikap mak dan ayah itu telah menguatkan azam saya untuk terus menjadi pelajar cemerlang, di samping menjadi anak dan adik yang baik.

Selama di sekolah menengah, mak sedapat mungkin cuba membebaskan saya daripada kerjakerja memasak dan mengemas rumah, serta tugas menjaga makan pakai abang-abang dan kakak-kakak kerana takut pelajaran saya terganggu. Sebaliknya saya lebih kerap menawarkan diri untuk membantu, lantaran didorong oleh rasa tanggungjawab dan timbang rasa.

Gadis yang bernama Nurul Humairah itu terus bercerita dengan penuh semangat, apabila melihatkan hadirin di dalam dewan itu mendengar ceritanya dengan penuh minat.

"Saya terpaksa juga meninggalkan rumah sewaktu saya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia. Di sana saya membuat pengkhususan dalam bidang pendidikan khas. Bidang ini sengaja saya pilih kerana saya ingin menabur bakti kepada segelintir pelajar yang kurang bernasib baik. Di samping itu, pengetahuan yang telah saya peroleh itu, dapat saya manfaatkan bersama untuk abang-abang dan kakak-kakak. "

"Kini, telah setahun lebih saya mengharung suka duka, sebagai seorang guru pendidikan khas di kampung saya sendiri.. Saya harus akui,segulung ijazah yang telah saya miliki tidak seberapa nilainya, berbanding dengan mutiara-mutiara pengalaman yang telah mak kutip sepanjang hayatnya."

"Sekarang, saya lebih ikhlas dan lebih bersedia untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak. Pun begitu, hati ini sering tersentuh apabila beberapa kali saya terdengar perbualan mak dan Ayah."

"Apa akan jadi kepada kelima-lima orang anak kita itu lepas kita tak ada, bang?" suara mak diamuk pilu.

Ayah akan mengeluh, kemudian berkata, "Entahlah. Takkan kita nak harapkan Mirah pula?"

"Mirah bukan anak kandung kita." Mak meningkah. "Kita tak boleh salahkan dia kalau dia abaikan abang-abang dan kakak-kakaknya."

"Mirah nak tegaskan di sini, mak, yang Mirah akan membela nasib abang-abang dan, kakak-kakak lepas mak dan ayah tak ada. Ya, memang mereka bukan saudara kandung Mirah. Tapi, tangan yang telah membelai tubuh Mirah dan tubuh mereka adalah tangan yang sama. Tangan yang telah menyuapkan Mirah dan mereka, juga tangan yang sama. Tangan yang memandikan Mirah dan mereka, adalah tangan yang sama, tangan mak."

Kelihatan gadis yang berkebarung ungu, berbunga merah jambu itu, tunduk sambil mengesat air matanya dengan sapu tangannya. Kebanyakan hadirin, khususnya wanita turut mengesat air mata mereka.

Gadis itu menyambung bicaranya. Tiga bulan lalu, saya terbaca mengenai pencalonan anugerah "Ibu Misali" dalam akhbar. Saya terus mencalonkan mak, di luar pengetahuannya. Saya pasti, kalau mak tahu, dia tidak akan merelakannya. Saya sendiri tidak yakin yang mak akan terpilih untuk menerima anugerah ini, sebab anak- anak mak bukan terdiri daripada orang-orang yang disanjung masyarakat, seperti lazimnya anak- anak "Ibu Misali" yang lain.

"Lorong dan denai kehidupan yang orang-orang seperti mak lalui mempunyai banyak duri dan, ranjau berbanding dengan ibu-ibu lain. Betapa keimanan mak tidak tergugat biarpun berdepan dengan dugaan yang sebegini hebat. Tiada rasa kesal. Tiada rasa putus asa. Tidak ada salah-menyalahkan antara mak dan ayah."

"Maafkan Mirah sekali lagi, mak. Hingga ke saat- saat terakhir tadi, mak masih tidak menyenangi tindakan Mirah mencalonkan mak, untuk menerima anugerah ini. Mak merasakan diri mak terlalu kerdil lebih-lebih lagi setelah mak mendengar pengisahan "Ibu Misali" pertama, kedua dan ketiga. Berkali-kali mak tegaskan yang mak menjaga anak-anak mak bukan kerana mahukan anugerah ini, tapi kerana anak-anak adalah amanah Tuhan."

"Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya mencalonkan mak untuk anugerah ini, bukan dengan tujuan merayu simpati. Saya cuma berharap kegigihan dan ketabahan mak akan dapat direnung oleh ibu-ibu lain, terutama ibu-ibu muda yang senang-senang mendera dan mencampakkan anak mereka yang cornel, segar-bugar serta sempurna fizikal dan, mental."

"Sebagai pengakhir bicara, sekali lagi saya ingin merakam penghargaan saya kepada pihak penganjur, kerana telah mempertimbangkan mak saya sebagai salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini. Semoga pemilihan mak ini akan memberi semangat baru kepada ibu-ibu lain yang senasib dengan mak."

"Sekian, wassalamualaikum warahmatullah. "

Gadis itu beredar meninggalkan pembesar suara..

Penku telah lama terbaring. Buku notaku telah lunyai dek air mataku sendiri. Bahuku dienjut-enjut oleh sedu- sedanku. Pandanganku menjadi kabur. Dalam pandangan yang kabur-kabur itu, mataku silau oleh pancaran cahaya kamera rakan semejaku. Aku segera mengangkat kameraku dan menangkap gambar secara rambang tanpa mengetahui sudut mana atau, apa sebenarnya yang telah menarik perhatian wartawan-wartanan lain.

'Bertenang. Kau di sini sebagai pemberita. Kau seharusnya berusaha mendapat skop yang baik, bukan dihanyutkan oleh perasaan kau sendiri.'
Terdengar pesanan satu suara dari dalam diriku.

Lantas, aku mengesat air mataku. Aku menyelak buku notaku mencari helaian yang masih belum disentuh oleh air mataku. Aku capai penku semula.

"Demikianlah kisah pelayaran seorang ibu di samudera kehidupan yang tidak sunyi dari ombak dan badai. Sekarang, dijemput Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa dengan diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan "Ibu Misali" untuk menyampaikan anugerah "Ibu Misali" serta beberapa hadiah iringan kepada Puan Afifah Rashid. Yang Berbahagia Puan Sri dipersilakan."

Nurul Humairah membantu maknya bangun. Kemudian, dia memimpin maknya melangkah ke arah Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa. Lutut maknya menggeletar. Namun begitu kerana dia tidak berdaya menahan perasaannya dia terduduk kembali di atas kerusi.

Melihatkan itu, Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa sendiri datang mendapatkan Puan Afifah, lalu mengalungkan pingat itu. Setelah itu, beliau menyampaikan beberapa hadiah iringan. Air mata Puan Afifah berladung.

Tepukan gemuruh bergema dari segenap penjuru dewan. Sejurus kemudian, seorang demi seorang penerima anugerah "Ibu Misali" sebelumnya, naik ke pentas bersalaman dan berpelukan dengan Puan Afifah. Bertambah lebatlah hujan air mata penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir itu.


__________________________________________

Hmmmm, memang menyentuh perasaan. Mungkin perkara ni juga merupakan kejadian yang terjadi kepada nenek moyang kita juga pada masa2 yang lepas. Jadi kita tidak harus meninggalkan sedikit pun perasaan sayang kita pada ibu kita. Sayangilah mereka sementara masih ade masa, jangan biarkan diri anda diselubungi penyesalan. Memang sayang la Mak. Mak, I love you so much.
p/s : cakap kat Abah nanti Apiq cakap kat die time Father's Day plak tau. Haha. Enjoyla reading.

Sabtu, 9 Mei 2009

About me!!

Assalamualaikum Pembaca,

As known, Nicknamee kosai, nama Muhammad Syafiq Bin Misnan.

Umur 18 tahun setengah buat tahun 2009 di bulan Mei ini.

Tinggal kat Raub.

Lahir kat Hospital Besar Kuala Lumpur(HBKL).

Nak citer pasal tempat tinggal dulu la.
Start je lahir family dok kat raub, selama 3 tahun, berpindah pula ke Cameron Highlands, setelah menetap di sana selama 4 tahun berpindah ke daerah Kuantan, Dok kat sane lame. Pindah 4 umah kat Kuantan, jaraknye berbeza2 dari bandar. Pada awalnye dok kat kawasan perumahan kampung yang berdekatan dengan laut. pergghh memang best. Tiap2 cuti sabtu ahad abah akan bawak ke pantai lunch kat sana atas tikar. Pastu pindah ke rumah yang dekat dengan sekolah, (mase ni dah semakin kurang pergi ke pantai, dalam 2 bulan sekali je). Pastu pindah pula ke quarters pendidikan yang terletak bersebelahan dengan politeknik Kuantan di Semambu, (mase ni memang dah dekat dengan bandar. Kalau cuti je mesti kuar shopping kat bandar Kuantan. Kemudian pindah ke Air Putih di tengah2 bandar. Pergh, mase ni memang rumah paling best yang pernah didiami. Memang dekat giler dengan town, mase nak pindah dari sini pon satu keluarge sedih. huuu. Dan setelah 5 tahun menetap di Kuantan, iaitu dari saat umurku 8 tahun sehingga umur 14, akhirnya kami berpindah pula ke Raub semula. Memang tengah2 bandar juga rumah. Jalan 2 blok dari rumah barisan rumah teres kat sini dah pun jumpe kampus UiTM versi cawangan. Kalau nak gi town, jalan kaki je. Memang mase ni umur 15 so sekolah lagi, hari2 pon pegi jalan kaki. Mase form 5 dapat motor sebijik pon tetap pergi sekolah jalan kaki. Syok wo, pagi2 sejuk. Time hujan pandai2 ar tumpang mak atau abah gi kerja. Pastu rumah di Raub ni kekal sehingga sekarang tempat peneduh panas dan hujan familyku.

Lahir 19 Januari 1991 (p/s : Tarikh paling smart pada aku) Memang bertuah betol.

Adik beradik ade 4. Saya merupakan yang kedua dari keempat-empatnya.
Yang first merupakan kakak atau panggilannya ialah Along yang bernama Siti Nur Syuhada Binti Misnan. Dia lahir pada tahun mak abah kawen iaitu tahun 1988 dan pada tahun ini (2009) umurnya sudah pon mencecah 21. Merupakan seorang kak yang bertanggung jawab dan baek orangnya, chantek pula tu. Kemudian kelahiran saya dan seterusnya merupakan seorang adik perempuan yang buas (xtau nak cakap macam mane bahasa baku pasal kelakuan perangai die nih). Name die Siti Nur Syahirah Binti Misnan. Die nih lahir tahun 1995 dan telah pun berumur 14 tahun. Die mempunyai sikap dengki yang tinggi terhadap adiknya bongsu kami yang merupakan seorang lelaki. Kami satu keluarga amat tidak gemar akan sikapnya itu. Adik bongsu kami bernama Muhammad Syahir Bin Misnan. Yang kini berusia 7 tahun yang dilahirkan pada tahun 2002. Adik Syahir merupakan seorang kanak2 yang agak pintar, cumel, debab, kuat main game & makan, dan suke buat lawak yang akan menggelikan hati family. (Ikut perangai sapo la ni)

Ok, teruskan dengan parents yang dicintai.

Abah - Misnan Bin Mohd Damin, berusia 48 tahun yang dilahirkan pada 2 Januari 1961. (kate Abah, tarikh ni bukan tarikh betol pon) Nak diceritakan ceritanya bermula begini. Abah merupakan seorang anak kelahiran Johor. Johor Bharu?? Tidak, tapi Johor lama. Side kampung belah2 Jawa. Rumah arwah tok nenek pula jauh nun di seberang sungai, manakala pejabat kerajaan seperti hospital dan pejabat pendaftaran terletak jauh di bandar. Time Abah lahir pulak berlakunya hujan lebat, jadi tidak dapatla para driver perahu atau sampan atau yang lebih modern lagi untuk meneruskan usaha mereka dalam mencari rezeki sebagai penghantar orang kampung ke seberang. Jadi dipendekkan cerita, Abah daftar lebih kurang beberapa tahun yang akan datang yang bertarikh 2 Januari 1961. Abah ni memang sangat sporting la zaman2 maju sekarang ni. Time dulu2, Waktu kecik umur 3-4 tahun sampai sekolah rendah Abah garang woo. Sebab kitaorang pemalas, selalu nak kene tegur dulu baru la buat. Tapi sekarang kita dah pandai berdikari, start je Saya dan Along masuk sekolah menengah Abah rilek je tangani api kemarahan die, sekarang abah banyak bergurau2 dengan kitaorang. Abah ni seorang yang sangat bertanggungjawab tak kira la pasal family ke, kerja ke, masyarakat ke sume2 la. Memang berfikiran bernas. Apa yang xfaham memang kene tanya die la. Abah ni jenis tahu sume benda, nak cerita pasal masak, hei memang mengancam, tapi Abah jarang memasak. Time sesak2 je. Nak cerita pasal bertukang, ha macam2 Abah pandai, dari baiki basikal kitaorang sampai la menyimen batu bata buat rumah, kat umah Nenek abes Abah makan 3x1 meter ruang tanah tuk buat kolam ikan. Saiznya boleh muatkan 3 orang mandi. Haha. Pasal pelajaran Abah memang best. Idola yang baik dari segi pembelajaran. Abah ni ade master dalam bisnes kot. Xtau la kos ape tapi memang ade sijil master. Pastu ade satu hari tu Abah dapat pingat dari sultan lah, pergh bangga gile. Rasanya Pingat Kecemerlangan Berkhidmat (nama memang xsama sebab hentam, tapi pingat dan anugerahnya betol dah). Pastu Abah ni buleh jadi kaunselor, memang pandai menasehat. Ayat2 pon chantek susunannya.

Emak - Rozaini Binti Abdul Ghani, berusia 48 tahun juga (tapi ni tarikh betol) yang telah dilahirkan pada 1 Januari 1961 di Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL). Perghh, Mak lahir jauh berbeza modernnye dari Abah. Haha. Mak memang baek la. Time kecik masa kitaorang nakal2 je selalu tinggikan suara. Sekarang ni kalau time tinggikan suare time mak jumpe kawan2 die la tu. Mak kalau bercerita ngan kawan3 memang lancar. Haha (Mak, jangan marah aaaaa, Yang ni puji positif ni. Haha). Mak ni pon arif jugak tentang hal dunia macam Abah tapi mak banyak advanced lagi la. Lagipun mak banyak layan budak2 itu pasal tahu pasal zaman baru ni. Masak mak memang sedap, keje lain mak pon bagus. Kemas je, kalau time kenduri, kalau ade orang kawen, time bagi hadiah, balut memang xingat dunia, berlipat2 pambalut tu, reben sane sini. Canggih, chantek sume2 ade sume2 kemas. Mak memang ajar kitaorang sume supaya setiap kerja kene kemas. Mak ni tahu pasal anak2, ape2 masalah mak jenis tahu je sume dan macam mane nak selesaikan, sebab Mak pon kenal perangai budak2, dekat dengan budak2, walaupun dah tua yang remaja punye hal pon Mak pandai (Huh, bukan nak kate tua Mak, tapi banyak ilmu) hehe. Kalau nak kira pasal mak punye pembelajaran pon mak terer jugak. Same la ngan Abah, tak leh nak beza. Sebab kalau tanya soalan kat Mak klau Mak xbuleh buat Abah mesti buleh, klau Abah tak dapat, mak mesti buleh. Mak pulak sekarang ni asyik naik pangkat aje. Sijil ijazah yang mak gune untuk bekerja mencari rezeki asyik naik taraf. Tapi Mak tak suka pangkat tinggi2, banyak kerja, sijil bertaraf tinggi tapi pekerja biasa yang aktif menjalankan tugas. Itula Mak.

Okeh pasal pekerjaan pula.

Abah - Abah ni masa saya dilahirkan berkerjaya sebagai seorang cikgu dan kaunselor di salah sebuah sekolah pada tahun 1991 di Raub di mana kami berdua same2 kembali check in nama kat sekolah tu pada tahun 2006 sebagai bapak dan anak yang bersekolah. Haha. Kemudian Abah ditukarkan pangkat, naik ke Pejabat Pelajaran Pahang (PPD) di Cameron Highlands selama 4 tahun bertugas. Abah jadi penolong pegawai disana. Kemudian bertukar lokasi kerja ke PPD Kuantan selama 5 tahun pada jawatan yang sama. Kemudian Abah ditukarkan ke Raub semula sebagai Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Selama 2 tahun berkhidmat di sekolah yang same Abah ditukarkan sekolah pada 2008. Pengetua juga dan di Raub juga cume sekolah yang lebih kecik sket. Abah xsuke pon sekolah tu. Saya pon. Haha. Setelah genap setahun berkhidmat sebagai pengetua di sekolah baru. Abah dinaikkan pangkat dan ditugaskan di PPD Bentong sebagai seorang Timbalan Pegawai (jawatan baru katanya) bermula pada Januari 2009.

Mak - Lahir2 je Mak memang bertugas sebagai cikgu di raub. Mak ni kerja dia memang mengajar je. Bakat yang sangat berguna terhadap anak2 mude sekarang. Semasa berpindah ke Cameron highlands, Mak tetap juga cikgu dan semasa berpindah ke Kuantan juga sama sebagai cikgu. Tapi masa Mak mengajar kat Kuantan Mak dapat anugerah Guru Cemerlang (GC). Masa pindah Raub balik, Mak juga berkerjaya sebagai seorang guru yang saling tak tumpah penatnya dalam mengajar anak2 didik di sekolah. Tapi masa di Raub Mak dapat tawaran jadi Guru Penolong Kanan (GPK) tapi mak tolak sebab xnak jadi glamour (tah ye tah tidak) dan merendah diri. Walaupun Mak tolak guru2 lain maseh juga minta2 pertolongan Mak untuk proses pembelajaran maseng2. Mak dihormati la. Terer.

Along - Along ni baru 21 tahun dan maseh belajar di sebuah universiti yang ber nama Universiti Islam Teknologi Mara (UiTM). Tapi lepas je dapat sijil SPM kitorang mase tu pindah Raub, die kerja sementara di sebuah kedai photostate. Macam2 ade kat kedai tu, printer, ink, mesin fotostat sume ade jual. Memang sekolah punye function yang menggunakan pamplet akan hantar ke kedai tu tuk di copy. Kata Along kerjanya berat, pergi pukul 7 pagi mula time2 Gharib baru balik. Disuruhnya berhenti taknak pulak. Lepas tu, Along dapat tawaran sambung belajar. Matriks. Dapat kat Kolej ape ye, lupa plak di Kuala Nerang, Kedah. Belajar selama setahun setengah dan duduk hostel di sana. Setelah Along berjaya menamatkan Matriksnya (huu T.T sedih wo, saya tak dapat Matriks) die dapat pula tawaran sambung belajar peringkat tinggi (Ijazah) di UiTM Shah Alam. Menetap di hostel juga. Kali ni kerap balik rumah berbanding dengan kat Kuala Nerang. Jauh tu Kedah berbanding Kuala Lumpur dari Raub. So sekarang ni 10 May, Along tengah cuti semester yang keempat dan dok kat umah. Makan tido maen internet - curi wireless jiran sebelah kate Along.

Saya - Saya ni budak setahun jagung baru. Baru tamat SPM tahun lepas, result pon dapat bulan Mac aritu. So sementara tak buat ape kat rumah start tahun baru Mak Abah hantar saya ke Abang Adie (seorang dewasa yang pernah menjaga saya semasa saya kecik) di Cameron Highlands. So gerakla saya ke Cameron Highlands pada awal Januari lalu dan bertemu kembali Abang Adie setelah 12 tahun tidak bertemu. Mase mule2 jumpe macam xkenal juga, dah agak2 lupe muka die. Start je masuk kereta dia, die terus bagitau nak kerja ape. Dalam kereta tu jugak dia kata "ha ni la kerja kao" iaitu menghantar pengunjung yang datang dan yang ingin menetap di sini beberapa hari ke apartment. Mase mule2 tu memang saya pon dok apartment tu jugak. Mase tu dapat kerja kantin di sebuah sekolah, Sekolah Rendah Convent Tanah Rata (lelaki & perempuan). Kerja apartment maseh stay sampai sekarang. Tapi kerja yang berat2 tukar2, di kantin kerja selama 2 bulan, kemudian dapat jadi pembantu chef di sebuah restoran Melayu yang serve Western Food. Restoran Buluh Perindu namanya. Kerja kat sana 2 bulan juga. Dapat belajar macam2 jenis masakan kat sana. Sementara itu belajar memasak dengan Abang Adie di rumahnya. So boleh hidup la orang cakap. haha. Dan masuk bulan 4 sehingga sekarang dah xkije yang berat2, hanya hantar pelawat masuk apartment je. Kerja memang goyang kaki sekarang. Dan esok luse dah nak berhenti kerja dan gerak balik Kuala Lumpur tuk ikuti gathering yang dilancarkan oleh Hujan.org. Dan terus menganggur. Wakaka.

Syahirah - Maseh di bangku persekolahan di sebuah sekolah menengah Sekolah Menengah Perempuan Methodist (Tah betol tah tidak ejaan). Baru form 2. Tapi dah sosial dah.

Syahir - Baru je darjah 1. Dah start sekolah tapi manje sket, tak nak naek bas macam orang lain, takut kene buli. So Mak Abah akan amik budak kecik ni tiap2 hari persekolahan, hantar dah memang wajib la kan.

Tamat sudah tentang keluarga..

Saya seorang Raingers, ia merupakan nama bagi peminat setia kugiran musikal tempatan iaitu HUJAN. Memang dulu saya xpernah nak minat band2 dari Malaysia ni sebab berkualiti rendah dan memang tak berapa nak minat musiknya. Tapi disebabkan kumpulan Hujan ni, saya mula suka musik2 dari Malaysia terutama musik2 dari artis atau kugiran yang bergelar Indie. Setakat ni koleksi yang ade hanyalah sebuah album terbaru Hujan - Hujan, sebuah video CD karaoke Hujan - Hujan Di Planet Hollywood dan sebuah video CD Hujan - Hujan Di Planet Hollywood. Memang gempak la band ni, walaupun telah menghadapi pelbagai jenis tohmahan daripada masyarakat pendengar. Band ni juga turut memenangi 3 anugerah dari Anugerah Industri Musik (AIM yang ke-16)

Saya seorang yang setia pada segalanya, barang2 kepunyaan, kawan2, sikap, dan macam2 lagi.

Pemalu sebenarnya, kalau bercakap dengan orang memang susah. Tapi dengan kawan2 yang dah kenal bukan setakat lancar, memang riang ria la, bercakap tak putus. Haha

Pandai menggunakan komputer dengan baek, (masa SPM amek course ICT), pandai melukis kartun, berkebolehan bermain gitar, terer menggunting rambut lelaki, pandai memasak beberapa jenis masakan (nasi, maggi & air). Haha. Suke mengumpulkan figura jenis model kepada watak kartun dan bearbrick. Suke pakai sweater dan kasut berjenis Adidas walaupun datangnya dari Petaling Streets.

Buat mase ni, ni saje yang saya ingat tentang diri saya, kalau ade ape2 yang tertinggal, akan ditambah kemudian.

Sekian...