KataKata Pakat!

Ahad, 31 Mei 2009

HUJAN's Gathering!!


Mari ramai2 join the joy and fun. 21 June 2009. Yeah2. Jom jumpa HUJAN.

Image credits to Bos Buttter@Zaki

Image yang dihasilkan oleh titik peluh sendiri. Haha

Check it out...


Hujan Animated by kosai


Yang sepatutnye dirollkan sepenuhnye image di bawah ni, namun tidak jadi. Ahaha

Sabtu, 23 Mei 2009

Bestfriend - Accident! Noooooo

23 May 2009
Hari ni merupakan satu hari yang agak panjang. Sedih. Huh, susah nak cerita.

Okeh, sejak baru balik ke kampung halaman (bandar sebenarnya), memang rindu kawan2 la. So memang pergi jumpe la kawan2 yang tau lokasi rumahnya. Tapi semalam lain cerita, jumpe kawan2 yang dekat2 dengan rumah dan lepak2 ngan diorang, tetibe kitorang ade rancang nak gi tengok kawan kitorang yang duduk jauh sangat2, kira2 40 kilometer la. So pergi balik mahu makan 80 kilometer. Kat sane memang best, kawasan kampung, sungai, tebu, lembu dan macam2 jenis bende yang susah nak nampak kat bandar ade kat sane. So kitorang semalam mase tengah lepak2 minum2, bincang la nak ajak sume bekas2 pelajar yang amik SPM tahun 2008 aritu (batch kitorang la ; p/s: Xtau eja batch tu betul ke tidak) jenguk sekali ramai2 ke kampung member kitorang ni.

Tapi lepas berbincang, cume 6-8 orang je yang nak pergi, tu pun campur dengan budak2 yang nak amik SPM tahun ni. Yang dok asrama pun ade gak nak fly ikut kitorang. (Kitorang ni anttara group yang paling best mase sekolah dulu, sebab tu ramai yang nak join). Antarar yang tercalon tuk ikut adalah;

1) Faiz - 18 tahun
2) Epul - 18 tahun
3) Popeye - 18 tahun
4) Edel - 18 tahun
5) kosai - 18 tahun
6) Afnan - 17 tahun
7) Fikri - 17 tahun

Tapi sayangnye Piki (fikri) si budak asrama yang nak fly ikutt kitorang. Kitorang pun xambik la die, dah la fly, kang jadi pape susah pulak, kitorang tanggungjawab. Ape2 hal warsen cari kitorang punye la.

So 6 orang yang terpilih ni dah pun merancang yang perjalanan kami akan bermula pada pukul 10 pagi hari ini. Tapi sebab kitorang arini nak konvoi motor, si Edel punye motor pulak barai (hancur sebab accident baru2 ni, abang die gi langgar lembu) so tunggu siap repair lama pulak. Tunggu2 punya tunggu motor pun siap dalam pukul 12 tengah hari. Memang jauh la lari masa, ingat mandi2 sungai so kitorang memang dah espect yang xdapat mandi kolam. Tapi xpa yang itu kitorang xkesah lagi, kitorang tetap gerak sebab member kitorang pun dah lame xjumpe, sejak result SPM aritu lagi.

So pukul 12 lebih yang teramatt panas tu kitorang gerak la. Pakai 3 motor je, 2 orang naik 1 motor. Geng2 pemandu dan pembonceng maseng2 merupakan ;

Pemandu/penuggang _ Pembonceng :

kosai _ Epul
Faiz _ Popeye
Edel _ Afnan

Gerak2, ondaway tu Edel yang motor baru siap baiki tu lupe lak buh minyak. Die kate "Wei, nak jalan jauh ni, kang xjumpe stesen minyak pulak. Biar aku isi dulu, aku patah balek kejap karang aku kejar korang. Korang bawak la slow2 tau." kosai hanya mengangguk tanda setuju.

So Edel patah patah balik ke stesen minyak terdekat sambil membonceng Afnan yang berumur 17 tahundan bakal mengambil peperiksaan SPM beberapa bulan lagi. Sambil2 tu, kami (berempat, 2 motor yang lain) bergerak menuju ke arah kampung kawan. Nak kate laju, tidak, nak kate perlahan pun tidak, tapi dengan kelajuan kitorang memang Edel punye motor buleh kejar. Tapi sambil kitorang borak2 atas motor yang sudah pun berlalu setengah jam perjalanan, kitorang pun tertanya2 sesama sendiri tentang kemunculan Edel dan Afnan. "Lame sangat ke isi minyak" kosai berbisik sendirian.

Selang beberapa ketika, ade panggilan telefon pada telefon bimbit kosai. Sambil memandu perlahan, kosai mengeluarkan telefon tersebut dari poket seluar dan motor Faiz dan Popeye pun semakin kedepan menjauhi kami berdua. First call dari Edel kosai memang xsempat nak jawab la, baru terkial2 nak keluarkan telefon dari poket. Tapi ade lagi second call, tapi takkan kosai nak jawab pulak, atas motor bukan dengar ape2 pun. Kami pun meneruskan perjalanan, tapi beberapa saat setelah kosai melepaskan pandangan dari telefon bimbit kosai, ada pula messenge yang masuk. So tanpa berlengah kosai pun papar saja mesej itu, walaupun maseh menunggang motorsikal.

Puh!, Punye la terkejut kosai, mesej tu dihantar oleh Edel, tapi ayatnye sungguh mengacaukan jiwa.

Mesej dari Edel ;

kosai aku eksiden (memang tidak ubah 1 huruf pun)

Pergh, mase tu memang berkecamuk hati la. kosai pun ape lagi, hon motor Faiz dan Popeye lalu berhentikan motor ke tepi tuk memberitahu pada mereka tentang mesej itu. Epul kat belakang kosai senyap je. Bile bagitau kat diorang, sume macam tak percaya. Tapi kosai dah debar2. Memang kitorang selalu gurau2, gurau kasar pun selalu. Tapi kosai xpernah pun dapat mesej camtu dari Edel. So biar la, diorang nampak tak caye pun kosai patah balik, laju giler kosai bawak sampai tertinggal Faiz dan Popeye. Dalam perjalanan, mata mencari2 bekas kemalangan, sambil2 tu kosai dah bace macam2 jenis ayat dah.

Memang dah jauh kitorang gerak, setengah jam, tu dah kire2 20 kilometer dah. So ondaway patah balik, memang kosai memandang kiri kanan tuk cari Edel dan Afnan. Tapi sampai Raub balik pun orang atau motor memang xnampak. So berenti tepi jalan, dan call Edel. Edel angkat lambat, dan kosai pun tanya "alo, ko katne? kate eksiden?" Edel pule jawab "aku kat hospital ni (suara serak2 basah sebab sedih). Perghh, lagi cuak kosai. Macam teruk je. So kitorang bergegas ke hospital Raub.

Sampai2 memang xpadat la nak jumpe Edel depan mata, so tanya kat kaunter man yang ade kat situ. "Ade kawan saya datang sini tak tadi? Kawan saya die eksiden". MA tu pun jawab " oh, die ade kat dalam wad separa kritikal". So kitorang tunggu saja di luar wad kecemasan, tak lame kemudian edel keluar terjengket2 sambil muka tangan dan kakinya habis dimamah luka yang lebar2. Memang nampak isi kat bahagian lengan tu.
Bawak Edel duduk kat bangku menunggu dan tanya die perlahan2 ;

kosai : Afnan mana?
Edel : (macam nak nangis cakap yang "Afnan ade dalam wad lagi") (Edel bukan nangis sebab sakit, tapi die risau dekat Afnan yang memang teruk katenye)
kosai : Macam mane buleh eksiden?
Edel : (Suare teresak2) Aku nak potong jalan, tadi ade bas, aku dah bagi signal, tapi kete depan aku pun nak potong bas tu. So mase aku speed memotong nak potong due2 kete tu bagi signal jugak dan terus je masuk kanan. Die tak nampak kami kot. Isk2. Memang bukan salah due2. Aku dah tak sempat nak tekan break, aku langgar kete die. Melambung naik atas kete dan terus langgar busten yang ade kat sebelah kanan jalan. Aku xsedar lansung mase eksiden, tahu2 aku dah terbaring. Afnan macam xteruk, die kate "aku xde pape". Tapi aku tengok muke die memang macam dalam kesakitan.
kosai : Abes pastu macam mane korang sampai sini? mane motor? kitorang xnampak pun.
Edel : Ade mak cik dan pak cik2 kat situ tolong kami. Aku langgar kete Suzuki Swift hitam. Aku suruh mak cik tu carikan telefon aku tuk contact korang. Fon aku melambung duh, Afnan lagi la.
kosai : ok2 sekarang kao rehat, jangan nangis2, rilek. (sambil kosai mengurut badan belakang die)

Tak lame kemudian, ade doktor keluar dari wad kecemasan Afnan. Katanya, "ada patah ni". Wuish. kosai dengar terus rasa risau. Tapi xtau kat mana, Edel pon xtau juga. Doktor tu pesan, nak masuk buleh, tapi sorang2, xmau sesak2 kat dalam. Popeye masuk dulu usha2 Afnan, 2 minit kemudian die keluar dan cakap "ui, kaki Afnan duh" Edel terus macam nak nangis lagi sebab die rase bersalah kerana die yang membonceng Afnan.

Kemudian Edel nak masuk, kosai pun bawak die masuk, tapi kate doktor, "kamu tak payahla risau, die elok la kejap lagi". (Doktor nak suruh Edel keluar sebab Edel pun kosai tolak pakai wheel chair) Kitorang pun keluar, tapi kosai sempat tengok2 Afnan. Matanya bukak, tapi die macam khayal je. Macam tak sedar sangat. Mungkin ubat doktor kot.

So mintak Edel contact bapak die. Tapi abang die sampai dulu. Kemudian ayahnya sampai. Ayahnya macam nak marah die, tapi kosai ade kat situ. So tak jadi. Ayah die tanya2 dan lepas tu terus masuk wad Afnan dan ambil telefon Afnan dan call ayah Afnan pula. MInta die datang dan ceritakan segalanya.

Lepas beberapa ketika, doktor keluar kate okeh awak(kosai) sorang2 ikut die pergi buat x-ray. Doktor xdapat kepastian, so gi buat x-ray nak tengok tahap kecederaan. Memang mase tolak katil Afnan, ade MA yang bawak, tapi kosai tanye2 juga pada Afnan, die kate sakit pada bahagian kiri. Masuk ke kamar x-ray, kosai diarahkan keluar, kosai genggam tangan Afnan erat2, kemudian MA tarik. "Awak kene tunggu kat luar" katenye. Kosai pun tunggu kat luar sambil panggil kawan2 lain. Masa tu juga Ayah Aafnan sampai. Muka ayah Afnan rilek, tapi memang nampak reaksi kemerah-merahan dan kerisauan di mukanya.

Kitorang bercerita pada ayahnya semua butir2 informasi yang kami tahu. Edel mase ni tengah baring di katil wad separa kritikal. Doktor suh baring tuk rehatkan badan. Afnan pun keluar dan kate MA "tulang peha die patah, kene hantar hospital Temerloh ni". Pergh, Ya Allah. kosai dah macam ape dah tangan terketar2. Pastu amik keterangan kat depan, Edel dah buleh balik. Tapi Afnan kene tunggu ambulance ke Temerloh amik die. Afnan punye tulang paha kene ganti dengan besi. Huh, kosai memang meremang bulu roma dengar camni.

Dan lepas Edel balik kitorang pun salam2 sume orang dan gerak juga. Minum kat kedai makan sambil cerita2 pasal hari ini. Memang sedih la, itu pun naseb baek kitorang xtengok aksi kemalangan tu, kalau nampak depan mata memang xbuleh tido malam ni. Ini pun kali pertama ade orang kemalangan dalam setiap ekspedisi kitorang. So kitorang memang ambik iktibar dan buat hari ini sebagai pengajaran la tuk kehidupan kitorang akan datang.

Edel dan Afnan moga cepat sembuh! InsyaAllah. Amin

Isnin, 18 Mei 2009

17th May?? Meeting with HUJAN!!

Assalamualaikum, para readers.

Hari ni merupakan hari pertama aku berpeluang menjumpai kugiran Malaysia kegemaran aku, iaitu band Hujan. Memang agak jauh perjalanan dari Selayang ke Petaling Jaya walaupun naik kereta Toyota Vios Pak Cik aku yang sedang berada di Jepun. Pulak tu sesat2 juga kat high nak masuk ke Petaling Jaya last2 minit nak sampai, terlebih 20 kilometer menghala ke Putrajaya. Bile patah balik jadi 40 kilometer (jalan sesat saja). Pergh, memang keciwa la, minyak pon habis banyak.

Ok, first2 ceritanya bermula macam ni.
Perbualan pukul 10 pagi bersama seorang rakan yang tau selok2 belok jalan KL.

kosai : Hello, Assalamuaikum.
Syeb : Waialaikumussalam, asal? (suare serak2 basah sebab baru je bangun tido)
kosai : Wei, tido ke? Aperaaa. Hmm... Woih, aku nak gi Kelana Jaya ni, ko nak ikot tak? Jom la, ade hal sikit.
Syeb : Hah, nak gi pukul berape?
kosai : Ko boleh siap dalam kul 11? kull 11 lebih kite gerak la. Kali ni aku bawak ko jalan2 nek kete plak. Semakin maju aku sekarang. Muahaha.
Syeb : 11? Ko ade kat mane ni? boleh2.
kosai : Ok chantek! Aku kat umah nenek la. Takkan nak ajak kao jalan dari Raub plak.


Pukul 11.30 pagi,
Start kete, pastu teros gi amik Syeb kat Kampung Baru Batu Caves. Sampai2 depan umah die, memang sedang elok die pun muncul, memang sharp2 ikut timing la. Tapi die punye terkejut tengok si hensem kosai bawak Vios. Ahaha (yang hensem tu xbetol). Pastu kitorang pon gerak.

On the way nak keluar Gombak,
Gerak je dari rumah Syeb, cerita la kat die pasal nak pergi Itudio Studio, yang terletak di Kelana Mall. Die pun tanya, "nak watpe gi sane?", kosai : "ade meeting la, dengan HUJAN". Sekali die punye gelak, macam (xtau nak cakap macam mane). Last2 buat muke serius siket, die macam percaye tapi siket2 je.
Dalam pada tu juga, Itudio Studio punye highway dan nama2 tempat yang berdekatan dengannya dah pun kosai salin atas kertas dan tunjuk pada Syeb, tapi die kate "alamak, jalan ni aku xpernah pergi la, aritu pergi PJ pon pakai jalan lain" katanya. Last2 kitorang bedal je jalan yang ade signboard tulis Petalig Jaya.

On the way dalam highway,
Kitorang men taram je highway2 yang ade, rasenye yang mule2 tu masuk NKVE pastu federal pastu apetah, walhal yang ditulis atas kertas ialah highway Damansara - Puchong. Dari kul 11.30 pagi tadi jalan atas highway, sampai kul 1 petang pun xsampai lagi. Memang giler2 la sesat. Ade satu kali kali signboard tu kosai lambat siket perasan yang ia ade tulis Petaling Jaya. So, termiss la satu jalan, kitorang pun fikir yang ade jalan tembus lagi kot kat depan, sekali xde dah. Cari U-turn pun xde, tu yang terlepas sampai 20 kilometer tu.

Itudio Studio,
Patah balik dari kesesatan dan ambik balik jalan miss tadi pastu terus sampai. Sampai2 Petaling Jaya senang pulak cari Kelana Mall. Masuk parking kat groundfloor dan pastu masuk lift terus tekan "2". Memang takut lewat la mase tuh. Sampai2 kat Kelana Mall mase tuh 1.45 petang. (kate orang kuat Hujan.org meeting bermula kul 2 petang). Sampai2 floor 2, memang terkejut giler, ingat Kelana Mall macam KLCC, rupanya, xbanyak kedai2 pon yang ade berniaga kat situ, so memang senang cari Itudio Studio ni.

Time kitorang dok tercegat kat depan Itudio Studio tu, ade akak ni, kecik molek je orangnye, Anna namenye, keluar dan tanya "ni tunggu Dimas ke?". Pas bual2 jap, die ajak masuk. Rupe2nye, kitorang yang paling awal sekali.

Masuk2 memang nampak best la Itudio Studio ni. Cume mase tuh, orang2 yang jaga Itudio Studio tu ngah breakfast. Aik, breakfast kul 2? haha. Tapi Itudio Studio ni memang best la. Sementara tunggu yang lain2, kitorang usha2 la sume2 yang ade kat dalam tu. Baju2 bad indie ade, koleksi click a child pon ade, kemudian ade kasut yang diubah suai tangan product Boonga Shoes, memang chantek2. kemudian ade potret2 ilustrasi dan poster yang giler2 lawa.

Pukul 2.15,
Geng2 Camni Cap Eh! sampai, kosai selalu jugak usha2 blog diorang. Memang best. Camni Cap Eh ni dikendalikan oleh Elmi dan Shyshy (kalau melalui Hujan.org kenal Elmi je). 10 minit selepas tuh, Hang Dimas dari band Hujan pun sampai. Terus je salam aku. Pastu kitorang sume dijemput duduk kat meja meeting yang memang special la, credits to Itudio Studio, sebab atas meja dah pun disediakan pembuka selera. Kemudian Dimas ajak makan dulu sebelum mula, die buleh kate yang pukul 2.30 petang tu merupakan breakfast die? pergh, seksanya perut. haha.

Pukul 3 petang,
Perbincangan start, Dimas mule dengan mengatakan yang "Noh xdapat datang, ade shooting dekat ipoh, kalau sempat balik awal, die join, kalau tidak, die balik malam, Ag xdapat contact die, lagipun die sebok, dan Am..... mase ni maseh tido lagi kot, haha."

kosai punye la kecewa, dah la gathering tukar tarikh, ahli2 HUJAN pulak sebok belaka.

Meeting,
Sepanjang meeting yang berlalu selama 3 jam setengah (3 - 6.30 petang), Dimas bercakap hampir sepanjang2 mase tuh. Kitorang macam patung je dengar, mungkin segan kot sume2, sebab kosai memang segan giler. Dimas memang pandai bercakap la, speaking pulak tu. Respect!. Die usulkan pasal HUJAN punyer Web, Merchandise, Komuniti Raingers, Gathering, dan lagu baru untuk album yang akan datang. Die jugak serahkan kerja2 mempertingkatkan pengurusan laman web kepada raingers2 yang hadir dan yang belum tahu.

Setengah jam terakhir,
Kitorang dibenarkan mendengar lagu2 baru HUJAN yang maseh belum pun direcord secara sempurna dan rasmi (demo type katenye). Memang masyuk otak giler2 punye lagu baru HUJAN. Lepas dengar lagu yang tidak lagi disiapkan sepenuhnya, sesi pun tamat, kitorang dibenarkan balik, yang nak stay lepak2 stay la, kate Dimas. Tapi Elmi bersuara sebelum semua bersurai, Die mintak tangkap gambar, Dimas pon, "oh, ok2, jom tangkap gambar jom2" haha.

Pastu balik, balik sekejap je, ikot Kepong. Keh, Niteeeeee..

Ahad, 10 Mei 2009

Happy Mothers Day! Khas buat Mak di rumah.

10 May 2009. Ni merupakan tarikh bagi Hari Ibu sedunia. Jadi bagi menghargai Hari Ibu ini, daku ingin menyampaikan sebuah cerita yang telah ku temui. Ia sangat2 la mengingatkan kita terhadap ibu kita yang telah pon banyak berkorban untuk kita selama ini. Jadi dengan ini bermulanya kisah Ibu Mithali.
__________________________________________

IBU MITHALI

PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya, telah terkalung pingat "Ibu Misali". Tangan kanannya menggenggam erat satu sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah iringan. Anaknya setia melangkah di sisi.

"Sekarang ...," suara pengacara majlis bergema kembali, "Tibalah kita kepada penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir. Penerima ini agak lain daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan Puan Afifah Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk tampil memperkenalkan ibunya. Dipersilakan. "

Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu. Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun.

Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik ke pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang kelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka dijemput?

Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung ungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas.

Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang penerima sebelumnya. Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Dia beralih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati lantai pentas.

'Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang akan menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejap berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru muda yang dipakainya.'

Dehem si anak dalam pembesar suara membuat aku sedikit tersentak.
Tumpuanku yang sekian lama terhala ke pentas, aku alihkan pada buku notaku. Aku menconteng-conteng helaian yang masih putih bersih itu untuk memastikan penku dalam keadaan yang baik. Kemudian, aku memeriksa kameraku. Filemnya masih ada. Baterinya masih dapat bertahan.

Sempat juga aku mengerling rakan-rakan wartawan dari syarikat akhbar dan majalah lain yang duduk di kiri kananku. Nampaknya, pen sudah berada dalam tangan masing-masing. Mata mereka sudah terarah kepada ibu di atas pentas dan anak yang sudah pun memulakan bicaranya dengan bismillah dan, memberi salam.

Aku tersenyum dan mengangguk kepada rakan- rakan wartawan yang duduk semeja denganku. Tetapi, senyuman dan anggukanku sudah tidak sempat mereka balas. Aku lantas mengemaskan dudukku mencari posisi yang paling selesa.

"Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah, kerana dengan izin-Nyalah saya dan, mak berada dalam majlis yang gilang-gemilang ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihak penganjur yang telah mempertimbangkan mak saya sebagai, salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini."


Suasana menjadi sunyi. Hadirin memberi tumpuan sepenuhnya kepada percakapan gadis itu.

"Sebetulnya, ketika saya kecil, saya memang membenci mak. Darjah kebencian itu meningkat setelah saya mendapat tahu Puan Afifah hanyalah mak angkat saya. Pada masa yang sama, saya merasakan sayalah anak yang paling malang, disisihkan oleh ibu sendiri, dan diperhambakan pula oleh mak angkat untuk membantu menjaga anak-anak kandungnya"


"Membantu menjaga anak- anak kandungnya? Mungkin, persoalan itu sedang pergi balik dalam benak tuan-tuan dan puan-puan sekarang. Persoalan itu pasti akan terjawab sebentar lagi, apakala saya mempertontonkan rakaman video yang memaparkan kehidupan anakanak kandung mak. Sebelum itu, saya harus menegaskan bahawa anak-anak yang bakal hadirin lihat nanti bukan terdiri daripada doktor, peguam, jurutera, pensyarah, ahli perniagaan, pemimpin masyarakat, dan guru, seperti mana anak ketiga-tiga "Ibu Misali" yang baru menerima anugerah sebentar tadi."
Suara hadirin yang kehairanan mula kedengaran.

"Inilah dia abang-abang dan kakak- kakak saya!" suara hadirin semakin kedengaran. Mereka tidak dapat membendung rasa kekaguman.

"Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Abang Long. Yang sedang merangkak ke sana ke mari itu, ialah Kak Ngah. Yang sedang mengesot ke ruang tamu itu, ialah Abang Alang. Yang sedang berjalan sambil berpaut pada dinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedang berjalan jatuh dari dapur ke dalam bilik itu, ialah Abang Andak."

"Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan, tahap kecacatan fizikal dan mental abangabang dan, kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang tidak boleh bercakap dan bergerak langsung, seperti bayi yang baru lahir hinggalah kepada yang boleh berjalan jatuh dan, bercakap pelat-pelat, seperti budak berumur satu atau, dua tahun."
Hadirin yang sebentar tadi bingit suaranya kini terdiam kembali. Mereka menonton video yang sedang ditayangkan itu dengan khusyuknya.

"Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telah menjangkau usia 20-an dan, 30-an. Namun, meskipun telah dilatih dengan sungguh-sungguh, mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan berak kencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak melayan makan dan, pakai mereka."
"Sewaktu saya berusia enam atau, tujuh tahun, saya sering mencemburui abang-abang, dan kakak-kakak kerana mereka, mendapat perhatian istimewa daripada mak. Saya iri hati melihat mak memandikan mereka. Saya sakit hati melihat mak menyuap mereka. Sedang saya disuruh buat semua itu sendiri."

"Mirah dah besar, kan? Mirah dah boleh uruskan diri Mirah sendiri, kan?" Lembut nada suara mak tiap kali dia memujuk saya. Namun, kelembutan itu telah menyemarakkan api radang saya

"Tapi, mak tak adil!" Saya kerap membentak. "Mak buat segalagalanya untuk kakak- kakak dan abang- abang. Kalau untuk Mirah, mak selalu berkira!"
"Mirah, abang-abang dan kakak-kakak Mirah tidak secerdas Mirah. Mereka cacat!" Berkali-kali mak menegaskan kepada saya. "Sebab itulah mak terpaksa membantu mereka."


"Mereka cacat apa, mak?" Saya membeliakkan mata kepada mak. "Semua anggota mereka cukup. Kaki dan tangan mereka tidak kudung. Mata mereka tidak buta. Yang betulnya, mereka malas, mak!"

"Mirah ... Mirah belum faham, sayang." Suara mak akan menjadi sayu tiap kali dia mempertahankan kakak-kakak dan abang-abang saya. Tetapi, kesayuan itu tidak pernah mengundang rasa simpati saya.

"Apabila difikirkan kembali, saya merasakan tindakan saya itu terlalu bodoh. Abang-abang dan kakak-kakak tak pernah kacau saya. Mak pun cuma sekali-sekala saja meminta bantuan saya menyuapkan mereka makan atau menukar kain lampin mereka. Itu pun saya tidak pernah ikhlas menolong.
Saya akan merungut tidak henti-henti sepanjang masa saya melakukan itu. Jika makanan yang saya suap tumpah atau jika abang-abang dan kakak-kakak terkencing atas tangan saya, ketika saya sedang menyalin kain lampin mereka, tangan saya ringan saja mencubit atau menampar mereka. Saya tahu mereka tidak pandai mengadu perbuatan jahat saya kepada mak. Ketika itu, memang saya langsung tidak punya rasa hormat kepada abang-abang dan kakak-kakak. Kepada saya, kehadiran mereka menyusahkan hidup saya."

"Hantarlah abang-abang dan kakak-kakak ke rumah kebajikan, mak." Saya pernah mengusulkan kepada mak, ketika saya berusia sepuluh tahun.
"Lepas itu, mak dan ayah boleh hidup senang-lenang macam mak dan ayah orang lain. Mirah pun takkan rasa terganggu lagi."

"Mereka anak-anak mak, Mirah. Jadi, maklah yang patut jaga mereka, bukan petugas-petugas di rumah kebajikan." Begitu reaksi mak setiap kali saya mencadangkan hal itu.

"Saya langsung tidak menghormati, apatah lagi mengagumi pendirian mak.
Mak memang sengaja menempah masalah. Mak tidak menghargai jalan keluar yang telah sedia terentang di hadapannya."

"Rasa geram dan marah saya sampai ke puncaknya, semasa saya berusia dua belas tahun. Pada hari itu, mak demam teruk hingga tidak dapat bangun. Ayah terpaksa ambil cuti untuk membawa mak ke klinik. Lalu, saya ditinggalkan untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak di rumah.
Sebelum meninggalkan rumah, biarpun dalam keadaan yang lemah, berkali-kali mak sempat berpesan kepada saya, agar jangan lupa memberi abang-abang dan kakak-kakak makan, dan menukar kain lampin mereka."
Suasana dewan terus sunyi. Hadirin masih khusyuk mendengar cerita gadis itu.

"Itulah kali pertama saya ditinggalkan bersama-sama abang-abang dan kakak-kakak, selama lebih kurang lima jam. Jangka masa itu cukup menyeksakan. Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan kakak-kakak benar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa Abang Long enggan makan. Jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah pula asyik mencirit saja. Letih saya menukar kain lampin mereka. Abang Andak pula, asyik main air ketika saya memandikannya. Basah lencun baju saya dibuatnya. Kak Anjang pula, asyik sepahkan nasi dan tumpahkan air.
Penat saya membersihkannya. "


"Apabila mak dan ayah pulang, saya sudah seperti kain buruk, tubuh saya lunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak dan ayah. Saya terus melarikan diri ke rumah ibu kandung saya, yang terletak di sebelah rumah mak. Begitulah lazimnya. Apabila fikiran saya terlalu kacau, saya akan ke rumah ibu untuk mencari ketenangan."

"Ibu!" Saya menerpa masuk lalu memeluk ibu. "Kenapa ibu bagi Mirah kepada mak? Kalau ya pun ibu tidak suka Mirah, bagilah Mirah pada orang lain yang lebih menyayangi Mirah, bukan mak."

"Mirah!" Ibu merangkul saya. "Kan dah berkali-kali ibu tegaskan yang ibu bagi Mirah kepada mak bukan kerana ibu tak sayang Mirah."

"Lazimnya ibu akan membuka kembali lipatan sejarah hidupnya apabila situasi itu berlaku. Ibu ialah kakak mak. Ibu sakit teruk setelah melahirkan saya. Selama berbulan-bulan ibu terlantar di hospital, mak yang telah menjaga saya. Setelah ibu sembuh, ibu dapat lihat sendiri betapa gembiranya mak dapat menjaga seorang anak normal.

Justeru, ibu tidak sampai hati hendak memisahkan kami."

"Ibu telah berasa betapa nikmatnya menjaga tujuh orang anak yang pintar dan cerdas. Jadi, biarlah nikmat itu turut dirasakan oleh mak pula dengan menjaga Mirah. Lagipun, dengan menyerahkan Mirah kepada mak, ibu masih dapat melihat Mirah membesar di hadapan mata ibu, walaupun Mirah tinggal bersama-sama mak. Dari pemerhatian ibu, ibu rasa, mak lebih menyayangi Mirah berbanding dengan anak anaknya yang lain."

"Sayang apa? Ibu tahu tak yang rumah tu macam neraka bagi Mirah? Ibu tahu tak yang Mirah ni tak ubah seperti hamba di rumah tu?"

"Jangan besar-besarkan perkara yang kecil, Mirah. Ibu tahu sekali-sekala saja mak membebankan Mirah dengan kerja-kerja rumah dan tugas menjaga abang-abang dan kakak-kakak Mirah. Itu pun Mirah buat tidak sesungguh hati. Nasi mentahlah, lauk hanguslah, abang-abang, dan kakak-kakak kena lempanglah."

"Mak adu semua kepada ibu, Ya?" Saya masih mahu berkeras meskipun saya tahu saya bersalah.

"Mak jarang-jarang mengadu keburukan Mirah kepada ibu. Ibu sendiri yang kerap mengintai Mirah dan melihat bagaimana Mirah melaksanakan suruhan mak."

"Saya tunduk. Saya sudah tidak sanggup menentang mata ibu."

"Ibu malu, Mirah. Ibu mengharapkan kehadiran Mirah di rumah mak kau itu dapat meringankan penderitaan mak.

Tetapi, ternyata kehadiran Mirah di rumah itu menambahkan beban mak."

"Saya benar-benar rasa terpukul oleh kata-kata ibu."

"Ibu rasa, apa yang telah mak beri kepada Mirah, jauh lebih baik daripada apa yang diberi kepada anak-anaknya sendiri. Mirah dapat ke sekolah. Kakak-kakak dan abang-abang Mirah hanya duduk di rumah. Mirah dapat banyak pakaian cantik. Sedang anak-anak mak yang lain pakaiannya itu-itulah juga. Setiap kali Mirah berjaya dalam peperiksaan, mak sungguh gembira. Dia akan meminta ibu tolong menjaga abang-abang dan kakak-kakak kerana dia nak lihat Mirah terima hadiah."

"Saya tidak sanggup mendengar kata-kata ibu selanjutnya, bukan kerana saya tidak mengakui kesalahan saya, tetapi kerana saya benar-benar malu."

"Saya meninggalkan rumah ibu bukan kerana berasa tersisih daripada ibu kandung sendiri, atau berasa kecewa sebab tidak mendapat pembelaan yang diharap- harapkan. Saya meninggalkan rumah ibu dengan kesedaran baru." "Sesampainya saya ke rumah tempat saya berteduh selama ini,saya dapati mak yang belum sembuh betul sedang melayan kerenah abang-abang dan kakak-kakak dengan penuh sabar. Saya terus menghilangkan diri ke dalam bilik kerana saya dihantui oleh rasa bersalah. Di dalam bilik, saya terus resah-gelisah. "

"Mirah," panggilan lembut mak seiring dengan bunyi ketukan di pintu bilik saya. "Mirah."

"Saya cepat-cepat naik ke atas katil dan memejam mata, pura-pura tidur."

"Sejurus kemudian, terdengar bunyi pintu bilik saya dibuka. "Mirah dah tidur rupa-rupanya! Kesian. Tentu Mirah letih menjaga abang-abang dan kakak- kakak semasa mak, ke klinik siang tadi. Maafkan mak, sayang. Mak tahu Mirah masih terlalu muda untuk memikul beban seberat itu. Tapi, keadaan benar- benar terdesak pagi tadi, Mirah. Mak janji, lain kali mak tak akan kacau Mirah lagi. Mak akan meminta ibu atau orang lain menjaga abang- abang dan kakak-kakak kalau mak terpaksa tinggalkan rumah"

Sepanjang mak berkata-kata itu, tangan mak terus mengusap-usap dahi saya. Suara mak tersekat-sekat. Saya terlalu ingin membuka mata dan menatap wajah mak ketika itu.

"Mirah, mak tahu Mirah tak bahagia tinggal bersama-sama mak."

Suatu titisan air mata gugur di atas dahi saya. Kemudian, setitik lagi gugur di atas pipi saya. Selepas itu, titisan-titisan itu kian rancak gugur menimpa serata muka dan leher saya.

"Walau apa pun tanggapan Mirah kepada mak, bagi mak, Mirah adalah segala-galanya. Mirah telah menceriakan suasana dalam rumah ini. Mirah telah menyebabkan mak berasakan hidup ini kembali berharga. Mirah telah. ..."

"Mak!" Saya lantas bangun lalu memeluk mak. Kemudian, tiada kata-kata yang lahir antara kami. Yang kedengaran hanyalah bunyi sedu-sedan dan esak tangis.


Peristiwa pada hari itu dan, pada malamnya telah mengubah pandangan saya terhadap mak, abang-abang dan kakak-kakak. Saya mula merenung dan menilai keringat mak. Saya mula dapat menerima keadaan kakak- kakak dan abang- abang serta belajar menghormati dan, menyayangi mereka.

Keadaan dewan menjadi begitu sunyi seperti tidak berpenghuni sejak gadis itu berbicara.

Setelah meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan penilaian darjah lima, saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah, di sebuah sekolah berasrama penuh. Saya telah menolak tawaran tersebut.

"Kenapa Mirah tolak tawaran itu?"

"Bukankah di sekolah berasrama penuh itu Mirah boleh belajar dengan sempurna?"

"Betul tu, Mirah. Di sana nanti Mirah tak akan berdepan dengan gangguan daripada abang-abang dan kakak-kakak! "

"Mirah tak menyesal ke, kemudian hari nanti?"

Bertubi-tubi mak dan ayah menyoal. Mata mereka tidak berkelip-kelip memandang saya.

"Mak, ayah." Saya menatap wajah kedua-dua insan itu silih berganti.
"Mirah ingin terus tinggal di rumah ini.. Mirah ingin terus berdamping dengan mak, ayah, abang-abang dan kakak-kakak. "

"Tapi, boleh ke Mirah buat ulang kaji di rumah? Pelajaran di sekolah menengah itu, bukannya senang." Mak masih meragui keupayaan saya.

"Insya-Allah, mak. Mirah rasa, Mirah dapat mengekalkan prestasi Mirah semasa di sekolah menengah nanti," balas saya penuh yakin.

Mak dan ayah kehabisan kata-kata. Mulut mereka terlopong. Mata mereka terus memanah muka saya. Garis-garis kesangsian masih terpamer pada wajah mereka.. Sikap mak dan ayah itu telah menguatkan azam saya untuk terus menjadi pelajar cemerlang, di samping menjadi anak dan adik yang baik.

Selama di sekolah menengah, mak sedapat mungkin cuba membebaskan saya daripada kerjakerja memasak dan mengemas rumah, serta tugas menjaga makan pakai abang-abang dan kakak-kakak kerana takut pelajaran saya terganggu. Sebaliknya saya lebih kerap menawarkan diri untuk membantu, lantaran didorong oleh rasa tanggungjawab dan timbang rasa.

Gadis yang bernama Nurul Humairah itu terus bercerita dengan penuh semangat, apabila melihatkan hadirin di dalam dewan itu mendengar ceritanya dengan penuh minat.

"Saya terpaksa juga meninggalkan rumah sewaktu saya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia. Di sana saya membuat pengkhususan dalam bidang pendidikan khas. Bidang ini sengaja saya pilih kerana saya ingin menabur bakti kepada segelintir pelajar yang kurang bernasib baik. Di samping itu, pengetahuan yang telah saya peroleh itu, dapat saya manfaatkan bersama untuk abang-abang dan kakak-kakak. "

"Kini, telah setahun lebih saya mengharung suka duka, sebagai seorang guru pendidikan khas di kampung saya sendiri.. Saya harus akui,segulung ijazah yang telah saya miliki tidak seberapa nilainya, berbanding dengan mutiara-mutiara pengalaman yang telah mak kutip sepanjang hayatnya."

"Sekarang, saya lebih ikhlas dan lebih bersedia untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak. Pun begitu, hati ini sering tersentuh apabila beberapa kali saya terdengar perbualan mak dan Ayah."

"Apa akan jadi kepada kelima-lima orang anak kita itu lepas kita tak ada, bang?" suara mak diamuk pilu.

Ayah akan mengeluh, kemudian berkata, "Entahlah. Takkan kita nak harapkan Mirah pula?"

"Mirah bukan anak kandung kita." Mak meningkah. "Kita tak boleh salahkan dia kalau dia abaikan abang-abang dan kakak-kakaknya."

"Mirah nak tegaskan di sini, mak, yang Mirah akan membela nasib abang-abang dan, kakak-kakak lepas mak dan ayah tak ada. Ya, memang mereka bukan saudara kandung Mirah. Tapi, tangan yang telah membelai tubuh Mirah dan tubuh mereka adalah tangan yang sama. Tangan yang telah menyuapkan Mirah dan mereka, juga tangan yang sama. Tangan yang memandikan Mirah dan mereka, adalah tangan yang sama, tangan mak."

Kelihatan gadis yang berkebarung ungu, berbunga merah jambu itu, tunduk sambil mengesat air matanya dengan sapu tangannya. Kebanyakan hadirin, khususnya wanita turut mengesat air mata mereka.

Gadis itu menyambung bicaranya. Tiga bulan lalu, saya terbaca mengenai pencalonan anugerah "Ibu Misali" dalam akhbar. Saya terus mencalonkan mak, di luar pengetahuannya. Saya pasti, kalau mak tahu, dia tidak akan merelakannya. Saya sendiri tidak yakin yang mak akan terpilih untuk menerima anugerah ini, sebab anak- anak mak bukan terdiri daripada orang-orang yang disanjung masyarakat, seperti lazimnya anak- anak "Ibu Misali" yang lain.

"Lorong dan denai kehidupan yang orang-orang seperti mak lalui mempunyai banyak duri dan, ranjau berbanding dengan ibu-ibu lain. Betapa keimanan mak tidak tergugat biarpun berdepan dengan dugaan yang sebegini hebat. Tiada rasa kesal. Tiada rasa putus asa. Tidak ada salah-menyalahkan antara mak dan ayah."

"Maafkan Mirah sekali lagi, mak. Hingga ke saat- saat terakhir tadi, mak masih tidak menyenangi tindakan Mirah mencalonkan mak, untuk menerima anugerah ini. Mak merasakan diri mak terlalu kerdil lebih-lebih lagi setelah mak mendengar pengisahan "Ibu Misali" pertama, kedua dan ketiga. Berkali-kali mak tegaskan yang mak menjaga anak-anak mak bukan kerana mahukan anugerah ini, tapi kerana anak-anak adalah amanah Tuhan."

"Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya mencalonkan mak untuk anugerah ini, bukan dengan tujuan merayu simpati. Saya cuma berharap kegigihan dan ketabahan mak akan dapat direnung oleh ibu-ibu lain, terutama ibu-ibu muda yang senang-senang mendera dan mencampakkan anak mereka yang cornel, segar-bugar serta sempurna fizikal dan, mental."

"Sebagai pengakhir bicara, sekali lagi saya ingin merakam penghargaan saya kepada pihak penganjur, kerana telah mempertimbangkan mak saya sebagai salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini. Semoga pemilihan mak ini akan memberi semangat baru kepada ibu-ibu lain yang senasib dengan mak."

"Sekian, wassalamualaikum warahmatullah. "

Gadis itu beredar meninggalkan pembesar suara..

Penku telah lama terbaring. Buku notaku telah lunyai dek air mataku sendiri. Bahuku dienjut-enjut oleh sedu- sedanku. Pandanganku menjadi kabur. Dalam pandangan yang kabur-kabur itu, mataku silau oleh pancaran cahaya kamera rakan semejaku. Aku segera mengangkat kameraku dan menangkap gambar secara rambang tanpa mengetahui sudut mana atau, apa sebenarnya yang telah menarik perhatian wartawan-wartanan lain.

'Bertenang. Kau di sini sebagai pemberita. Kau seharusnya berusaha mendapat skop yang baik, bukan dihanyutkan oleh perasaan kau sendiri.'
Terdengar pesanan satu suara dari dalam diriku.

Lantas, aku mengesat air mataku. Aku menyelak buku notaku mencari helaian yang masih belum disentuh oleh air mataku. Aku capai penku semula.

"Demikianlah kisah pelayaran seorang ibu di samudera kehidupan yang tidak sunyi dari ombak dan badai. Sekarang, dijemput Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa dengan diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan "Ibu Misali" untuk menyampaikan anugerah "Ibu Misali" serta beberapa hadiah iringan kepada Puan Afifah Rashid. Yang Berbahagia Puan Sri dipersilakan."

Nurul Humairah membantu maknya bangun. Kemudian, dia memimpin maknya melangkah ke arah Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa. Lutut maknya menggeletar. Namun begitu kerana dia tidak berdaya menahan perasaannya dia terduduk kembali di atas kerusi.

Melihatkan itu, Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa sendiri datang mendapatkan Puan Afifah, lalu mengalungkan pingat itu. Setelah itu, beliau menyampaikan beberapa hadiah iringan. Air mata Puan Afifah berladung.

Tepukan gemuruh bergema dari segenap penjuru dewan. Sejurus kemudian, seorang demi seorang penerima anugerah "Ibu Misali" sebelumnya, naik ke pentas bersalaman dan berpelukan dengan Puan Afifah. Bertambah lebatlah hujan air mata penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir itu.


__________________________________________

Hmmmm, memang menyentuh perasaan. Mungkin perkara ni juga merupakan kejadian yang terjadi kepada nenek moyang kita juga pada masa2 yang lepas. Jadi kita tidak harus meninggalkan sedikit pun perasaan sayang kita pada ibu kita. Sayangilah mereka sementara masih ade masa, jangan biarkan diri anda diselubungi penyesalan. Memang sayang la Mak. Mak, I love you so much.
p/s : cakap kat Abah nanti Apiq cakap kat die time Father's Day plak tau. Haha. Enjoyla reading.

Sabtu, 9 Mei 2009

About me!!

Assalamualaikum Pembaca,

As known, Nicknamee kosai, nama Muhammad Syafiq Bin Misnan.

Umur 18 tahun setengah buat tahun 2009 di bulan Mei ini.

Tinggal kat Raub.

Lahir kat Hospital Besar Kuala Lumpur(HBKL).

Nak citer pasal tempat tinggal dulu la.
Start je lahir family dok kat raub, selama 3 tahun, berpindah pula ke Cameron Highlands, setelah menetap di sana selama 4 tahun berpindah ke daerah Kuantan, Dok kat sane lame. Pindah 4 umah kat Kuantan, jaraknye berbeza2 dari bandar. Pada awalnye dok kat kawasan perumahan kampung yang berdekatan dengan laut. pergghh memang best. Tiap2 cuti sabtu ahad abah akan bawak ke pantai lunch kat sana atas tikar. Pastu pindah ke rumah yang dekat dengan sekolah, (mase ni dah semakin kurang pergi ke pantai, dalam 2 bulan sekali je). Pastu pindah pula ke quarters pendidikan yang terletak bersebelahan dengan politeknik Kuantan di Semambu, (mase ni memang dah dekat dengan bandar. Kalau cuti je mesti kuar shopping kat bandar Kuantan. Kemudian pindah ke Air Putih di tengah2 bandar. Pergh, mase ni memang rumah paling best yang pernah didiami. Memang dekat giler dengan town, mase nak pindah dari sini pon satu keluarge sedih. huuu. Dan setelah 5 tahun menetap di Kuantan, iaitu dari saat umurku 8 tahun sehingga umur 14, akhirnya kami berpindah pula ke Raub semula. Memang tengah2 bandar juga rumah. Jalan 2 blok dari rumah barisan rumah teres kat sini dah pun jumpe kampus UiTM versi cawangan. Kalau nak gi town, jalan kaki je. Memang mase ni umur 15 so sekolah lagi, hari2 pon pegi jalan kaki. Mase form 5 dapat motor sebijik pon tetap pergi sekolah jalan kaki. Syok wo, pagi2 sejuk. Time hujan pandai2 ar tumpang mak atau abah gi kerja. Pastu rumah di Raub ni kekal sehingga sekarang tempat peneduh panas dan hujan familyku.

Lahir 19 Januari 1991 (p/s : Tarikh paling smart pada aku) Memang bertuah betol.

Adik beradik ade 4. Saya merupakan yang kedua dari keempat-empatnya.
Yang first merupakan kakak atau panggilannya ialah Along yang bernama Siti Nur Syuhada Binti Misnan. Dia lahir pada tahun mak abah kawen iaitu tahun 1988 dan pada tahun ini (2009) umurnya sudah pon mencecah 21. Merupakan seorang kak yang bertanggung jawab dan baek orangnya, chantek pula tu. Kemudian kelahiran saya dan seterusnya merupakan seorang adik perempuan yang buas (xtau nak cakap macam mane bahasa baku pasal kelakuan perangai die nih). Name die Siti Nur Syahirah Binti Misnan. Die nih lahir tahun 1995 dan telah pun berumur 14 tahun. Die mempunyai sikap dengki yang tinggi terhadap adiknya bongsu kami yang merupakan seorang lelaki. Kami satu keluarga amat tidak gemar akan sikapnya itu. Adik bongsu kami bernama Muhammad Syahir Bin Misnan. Yang kini berusia 7 tahun yang dilahirkan pada tahun 2002. Adik Syahir merupakan seorang kanak2 yang agak pintar, cumel, debab, kuat main game & makan, dan suke buat lawak yang akan menggelikan hati family. (Ikut perangai sapo la ni)

Ok, teruskan dengan parents yang dicintai.

Abah - Misnan Bin Mohd Damin, berusia 48 tahun yang dilahirkan pada 2 Januari 1961. (kate Abah, tarikh ni bukan tarikh betol pon) Nak diceritakan ceritanya bermula begini. Abah merupakan seorang anak kelahiran Johor. Johor Bharu?? Tidak, tapi Johor lama. Side kampung belah2 Jawa. Rumah arwah tok nenek pula jauh nun di seberang sungai, manakala pejabat kerajaan seperti hospital dan pejabat pendaftaran terletak jauh di bandar. Time Abah lahir pulak berlakunya hujan lebat, jadi tidak dapatla para driver perahu atau sampan atau yang lebih modern lagi untuk meneruskan usaha mereka dalam mencari rezeki sebagai penghantar orang kampung ke seberang. Jadi dipendekkan cerita, Abah daftar lebih kurang beberapa tahun yang akan datang yang bertarikh 2 Januari 1961. Abah ni memang sangat sporting la zaman2 maju sekarang ni. Time dulu2, Waktu kecik umur 3-4 tahun sampai sekolah rendah Abah garang woo. Sebab kitaorang pemalas, selalu nak kene tegur dulu baru la buat. Tapi sekarang kita dah pandai berdikari, start je Saya dan Along masuk sekolah menengah Abah rilek je tangani api kemarahan die, sekarang abah banyak bergurau2 dengan kitaorang. Abah ni seorang yang sangat bertanggungjawab tak kira la pasal family ke, kerja ke, masyarakat ke sume2 la. Memang berfikiran bernas. Apa yang xfaham memang kene tanya die la. Abah ni jenis tahu sume benda, nak cerita pasal masak, hei memang mengancam, tapi Abah jarang memasak. Time sesak2 je. Nak cerita pasal bertukang, ha macam2 Abah pandai, dari baiki basikal kitaorang sampai la menyimen batu bata buat rumah, kat umah Nenek abes Abah makan 3x1 meter ruang tanah tuk buat kolam ikan. Saiznya boleh muatkan 3 orang mandi. Haha. Pasal pelajaran Abah memang best. Idola yang baik dari segi pembelajaran. Abah ni ade master dalam bisnes kot. Xtau la kos ape tapi memang ade sijil master. Pastu ade satu hari tu Abah dapat pingat dari sultan lah, pergh bangga gile. Rasanya Pingat Kecemerlangan Berkhidmat (nama memang xsama sebab hentam, tapi pingat dan anugerahnya betol dah). Pastu Abah ni buleh jadi kaunselor, memang pandai menasehat. Ayat2 pon chantek susunannya.

Emak - Rozaini Binti Abdul Ghani, berusia 48 tahun juga (tapi ni tarikh betol) yang telah dilahirkan pada 1 Januari 1961 di Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL). Perghh, Mak lahir jauh berbeza modernnye dari Abah. Haha. Mak memang baek la. Time kecik masa kitaorang nakal2 je selalu tinggikan suara. Sekarang ni kalau time tinggikan suare time mak jumpe kawan2 die la tu. Mak kalau bercerita ngan kawan3 memang lancar. Haha (Mak, jangan marah aaaaa, Yang ni puji positif ni. Haha). Mak ni pon arif jugak tentang hal dunia macam Abah tapi mak banyak advanced lagi la. Lagipun mak banyak layan budak2 itu pasal tahu pasal zaman baru ni. Masak mak memang sedap, keje lain mak pon bagus. Kemas je, kalau time kenduri, kalau ade orang kawen, time bagi hadiah, balut memang xingat dunia, berlipat2 pambalut tu, reben sane sini. Canggih, chantek sume2 ade sume2 kemas. Mak memang ajar kitaorang sume supaya setiap kerja kene kemas. Mak ni tahu pasal anak2, ape2 masalah mak jenis tahu je sume dan macam mane nak selesaikan, sebab Mak pon kenal perangai budak2, dekat dengan budak2, walaupun dah tua yang remaja punye hal pon Mak pandai (Huh, bukan nak kate tua Mak, tapi banyak ilmu) hehe. Kalau nak kira pasal mak punye pembelajaran pon mak terer jugak. Same la ngan Abah, tak leh nak beza. Sebab kalau tanya soalan kat Mak klau Mak xbuleh buat Abah mesti buleh, klau Abah tak dapat, mak mesti buleh. Mak pulak sekarang ni asyik naik pangkat aje. Sijil ijazah yang mak gune untuk bekerja mencari rezeki asyik naik taraf. Tapi Mak tak suka pangkat tinggi2, banyak kerja, sijil bertaraf tinggi tapi pekerja biasa yang aktif menjalankan tugas. Itula Mak.

Okeh pasal pekerjaan pula.

Abah - Abah ni masa saya dilahirkan berkerjaya sebagai seorang cikgu dan kaunselor di salah sebuah sekolah pada tahun 1991 di Raub di mana kami berdua same2 kembali check in nama kat sekolah tu pada tahun 2006 sebagai bapak dan anak yang bersekolah. Haha. Kemudian Abah ditukarkan pangkat, naik ke Pejabat Pelajaran Pahang (PPD) di Cameron Highlands selama 4 tahun bertugas. Abah jadi penolong pegawai disana. Kemudian bertukar lokasi kerja ke PPD Kuantan selama 5 tahun pada jawatan yang sama. Kemudian Abah ditukarkan ke Raub semula sebagai Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Selama 2 tahun berkhidmat di sekolah yang same Abah ditukarkan sekolah pada 2008. Pengetua juga dan di Raub juga cume sekolah yang lebih kecik sket. Abah xsuke pon sekolah tu. Saya pon. Haha. Setelah genap setahun berkhidmat sebagai pengetua di sekolah baru. Abah dinaikkan pangkat dan ditugaskan di PPD Bentong sebagai seorang Timbalan Pegawai (jawatan baru katanya) bermula pada Januari 2009.

Mak - Lahir2 je Mak memang bertugas sebagai cikgu di raub. Mak ni kerja dia memang mengajar je. Bakat yang sangat berguna terhadap anak2 mude sekarang. Semasa berpindah ke Cameron highlands, Mak tetap juga cikgu dan semasa berpindah ke Kuantan juga sama sebagai cikgu. Tapi masa Mak mengajar kat Kuantan Mak dapat anugerah Guru Cemerlang (GC). Masa pindah Raub balik, Mak juga berkerjaya sebagai seorang guru yang saling tak tumpah penatnya dalam mengajar anak2 didik di sekolah. Tapi masa di Raub Mak dapat tawaran jadi Guru Penolong Kanan (GPK) tapi mak tolak sebab xnak jadi glamour (tah ye tah tidak) dan merendah diri. Walaupun Mak tolak guru2 lain maseh juga minta2 pertolongan Mak untuk proses pembelajaran maseng2. Mak dihormati la. Terer.

Along - Along ni baru 21 tahun dan maseh belajar di sebuah universiti yang ber nama Universiti Islam Teknologi Mara (UiTM). Tapi lepas je dapat sijil SPM kitorang mase tu pindah Raub, die kerja sementara di sebuah kedai photostate. Macam2 ade kat kedai tu, printer, ink, mesin fotostat sume ade jual. Memang sekolah punye function yang menggunakan pamplet akan hantar ke kedai tu tuk di copy. Kata Along kerjanya berat, pergi pukul 7 pagi mula time2 Gharib baru balik. Disuruhnya berhenti taknak pulak. Lepas tu, Along dapat tawaran sambung belajar. Matriks. Dapat kat Kolej ape ye, lupa plak di Kuala Nerang, Kedah. Belajar selama setahun setengah dan duduk hostel di sana. Setelah Along berjaya menamatkan Matriksnya (huu T.T sedih wo, saya tak dapat Matriks) die dapat pula tawaran sambung belajar peringkat tinggi (Ijazah) di UiTM Shah Alam. Menetap di hostel juga. Kali ni kerap balik rumah berbanding dengan kat Kuala Nerang. Jauh tu Kedah berbanding Kuala Lumpur dari Raub. So sekarang ni 10 May, Along tengah cuti semester yang keempat dan dok kat umah. Makan tido maen internet - curi wireless jiran sebelah kate Along.

Saya - Saya ni budak setahun jagung baru. Baru tamat SPM tahun lepas, result pon dapat bulan Mac aritu. So sementara tak buat ape kat rumah start tahun baru Mak Abah hantar saya ke Abang Adie (seorang dewasa yang pernah menjaga saya semasa saya kecik) di Cameron Highlands. So gerakla saya ke Cameron Highlands pada awal Januari lalu dan bertemu kembali Abang Adie setelah 12 tahun tidak bertemu. Mase mule2 jumpe macam xkenal juga, dah agak2 lupe muka die. Start je masuk kereta dia, die terus bagitau nak kerja ape. Dalam kereta tu jugak dia kata "ha ni la kerja kao" iaitu menghantar pengunjung yang datang dan yang ingin menetap di sini beberapa hari ke apartment. Mase mule2 tu memang saya pon dok apartment tu jugak. Mase tu dapat kerja kantin di sebuah sekolah, Sekolah Rendah Convent Tanah Rata (lelaki & perempuan). Kerja apartment maseh stay sampai sekarang. Tapi kerja yang berat2 tukar2, di kantin kerja selama 2 bulan, kemudian dapat jadi pembantu chef di sebuah restoran Melayu yang serve Western Food. Restoran Buluh Perindu namanya. Kerja kat sana 2 bulan juga. Dapat belajar macam2 jenis masakan kat sana. Sementara itu belajar memasak dengan Abang Adie di rumahnya. So boleh hidup la orang cakap. haha. Dan masuk bulan 4 sehingga sekarang dah xkije yang berat2, hanya hantar pelawat masuk apartment je. Kerja memang goyang kaki sekarang. Dan esok luse dah nak berhenti kerja dan gerak balik Kuala Lumpur tuk ikuti gathering yang dilancarkan oleh Hujan.org. Dan terus menganggur. Wakaka.

Syahirah - Maseh di bangku persekolahan di sebuah sekolah menengah Sekolah Menengah Perempuan Methodist (Tah betol tah tidak ejaan). Baru form 2. Tapi dah sosial dah.

Syahir - Baru je darjah 1. Dah start sekolah tapi manje sket, tak nak naek bas macam orang lain, takut kene buli. So Mak Abah akan amik budak kecik ni tiap2 hari persekolahan, hantar dah memang wajib la kan.

Tamat sudah tentang keluarga..

Saya seorang Raingers, ia merupakan nama bagi peminat setia kugiran musikal tempatan iaitu HUJAN. Memang dulu saya xpernah nak minat band2 dari Malaysia ni sebab berkualiti rendah dan memang tak berapa nak minat musiknya. Tapi disebabkan kumpulan Hujan ni, saya mula suka musik2 dari Malaysia terutama musik2 dari artis atau kugiran yang bergelar Indie. Setakat ni koleksi yang ade hanyalah sebuah album terbaru Hujan - Hujan, sebuah video CD karaoke Hujan - Hujan Di Planet Hollywood dan sebuah video CD Hujan - Hujan Di Planet Hollywood. Memang gempak la band ni, walaupun telah menghadapi pelbagai jenis tohmahan daripada masyarakat pendengar. Band ni juga turut memenangi 3 anugerah dari Anugerah Industri Musik (AIM yang ke-16)

Saya seorang yang setia pada segalanya, barang2 kepunyaan, kawan2, sikap, dan macam2 lagi.

Pemalu sebenarnya, kalau bercakap dengan orang memang susah. Tapi dengan kawan2 yang dah kenal bukan setakat lancar, memang riang ria la, bercakap tak putus. Haha

Pandai menggunakan komputer dengan baek, (masa SPM amek course ICT), pandai melukis kartun, berkebolehan bermain gitar, terer menggunting rambut lelaki, pandai memasak beberapa jenis masakan (nasi, maggi & air). Haha. Suke mengumpulkan figura jenis model kepada watak kartun dan bearbrick. Suke pakai sweater dan kasut berjenis Adidas walaupun datangnya dari Petaling Streets.

Buat mase ni, ni saje yang saya ingat tentang diri saya, kalau ade ape2 yang tertinggal, akan ditambah kemudian.

Sekian...