KataKata Pakat!

Ahad, 16 Mei 2010

Selamat Hari Guru! Guru-guruku....

Selamat bertemu kembali di blog kosai =)

Firstly, pada tanggal 16 Mei 2010 ini nak buat seikhlas ucapan iaitu 'Selamat Hari Guru buat semua guru yang telah mengajar diri ini, mahupun guru-guru yang berada di luar sana! Terima kasih di atas setiap pengajaran dan pembelajaran yang disematkan dalam diri ini :)'

Ok, sekarang nak cerita tentang guru-guru yang pernah ajar kosai. Nak sebut semua tak dapat la ye, jangan terasa hati bagi guru yang tak ada dalam senarai, minta ampun awal-awal.

Dari kecik lagi, umur 3-5 tahun semasa masih menetap di Cameron Highlands, kosai tak ada guru, tapi ada seorang mak cik yang jaga kosai, namanya Mak Cik Esah. Sepanjang dijaga beliau, kosai belajar macam-macam, jadi beliau pun tergolong dalam guru kosai. Terima kasih Cik Esah!

Kemudian kosai berpindah di Kuantan bersekolah di SK Beserah. Tak dapat nak ingat banyak sebab darjah satu, yang ingat ada seorang ustaz ni yang juga seorang penolong kanan sekolah tersebut. Nama beliau Ustaz Asri agaknya, ingat-ingat lupa, beliau paling garang dalam sekolah tersebut. Pernah kena rotan kat tangan, kena berjemur di tapak perhimpunan, berdiri atas meja dan kena sembur dengan air guna sprayer macam fabreze. Hahaha, lucu kan, tapi beliau sangat berpengalaman dan banyak beri tunjuk ajar. Terima kasih kepada Ustaz juga!

Kemudian berpindah ke SK Tok Sira di Kuantan juga, darjah 2-5 belajar di sekolah ni. Yang sedih dan memilukan ialah kosai tak dapat nak ingat nama cikgu ataupun mana-mana cara pengajaran guru kat situ. Hanya kawan-kawan yang banyak beri tunjuk ajar. Kawan yang masih melekat di ingatan ialah ADAM, AWANG OMAR, TENGKU FARIZ, DAN MIZAL. Yaaaa, Adam merupakan seorang yang pandai dalam semua aspek dan beliau tidak mempunyai perangai yang buruk meskipun dilahirkan dalam kalangan keluarga yang berada. Awang Omar pula merupakan seorang anak Dato' yang terkemuka di negeri Pahang dan sangat dikenali di mata Malaysia, Dato' Adnan Yaakob. Awang seorang yang lembut dan sering beri tunjuk ajar pada kosai. Tengku Fariz pulak seorang yang berbadan tegap dan sering buli orang, termasuk kosai. Hahaha, beliau anak orang berada yang ayahnya berpangkat Dato' dan seorang yang sangat nakal. Beliau selalu menunjuk-nunjuk bermacam-macam barangan yang dimilikinya. Haih, perasaan cemburu masa tu memang tahap maksimum. Hehehe. Mizal pulak seorang yang nakal juga, tapi tak boleh nak salahkan beliau. Bapanya, Allahyarham Dato' Mazlan telah meninggal akibat pembunuhan kejam Mona Fendi yang mana mungkin menyebabkan beliau sedikit kekurangan kasih sayang, tapi beliau bagus. Terima kasih kawan-kawan!

Kemudian berpindah ke sekolah terdahulu - SK Besereah, jadi tak perlu nak ulas lagi sebab guru-gurunya masih sama seperti dulu.

Masuk sekolah menengah, kosai dimasukkan ke sekolah Mak, SMK Alor Akar. Kat sini ingat banyak cikgu, tapi ulas seorang cukuplah. Cikgu yang banyak sangat kosai ingat ialah cikgu Wan NorAzliza yang mengajar subjek Sejarah. Beliau antara guru perempuan yang paling chantek dan banyak menolong kosai, hehe part chantek tu penting tu, hahaha. kosai sering tumpang beliau balik sekolah disebabkan rumah kami berdekatan. Terima kasih cikgu Wan yang chantek! =)

Tingkatan 3 kosai berpindah lagi ke sekolah baru, iaitu SMK Mahmud - sekolah Abah pula. hehehe. Sekolah ni paling banyak kenangan. Sebab Abah pengetua, dan anak pengetua memang nampak cool bila berkawan dengan kawan-kawan yang bukan anak pengetua. Hahahaha. Tak adalah, gura-gurau aje. Guru yang paling kosai boleh ulas ialah cikgu Wan Shieda, beliau ajar subjek Inggeris dengan teknik yang aneh-aneh. Tapi beliau bagus, sangat menghormati beliau, beliau buat kerja dengan professional walaupun guru baru. Beliau juga sebenarnya adalah kakak angkat kosai, =). Jadi terima kasih Kak Wan!

Yang terbaru, kosai belajar di Kolej Islam Antarabangsa sampai sekarang, buat tenaga-tenaga pengajar yang banyak memberi ilmu, Miss Siti Azirah, Miss Azwa, Madam Mazniza, Madam Rumitha, Madam Herlina, Sir Jeffri, Madam Suhaila dan seorang lagi miss yang ajar subjek Malaysian Studies tak ingat nama, minta ampun. Terima kasih semua lecturer!

So dengan ini, berakhirlah post terbaru ini. Minta maaf banyak-banyak buat guru-guru dan kawan yang tak disebut mahupun telah dilukai oleh kosai. Terima kasih bagi yang banyak mencurahkan ilmu dan kasih sayang, tidak akan sesekali dilupakan dari ingatan.

Jumpa lagi di masa akan datang, Assalamualaikum...