KataKata Pakat!

Khamis, 22 Disember 2011

Comic Fest 2011!

Percubaan, percubaan satu dua tiga. Hahaha lama tak menulis, kena praktiskan dulu.

Mulakan penulisan dengan salam sejahtera buat yang masih membaca, mahupun yang baru sahaja membaca blog ini. Sudah terlalu lama blog yang sungguh kecil ini tidak berusik.
Saya, kosai akan cuba lebih kerap untuk menulis di laman blog ini, insyaAllah...

Okay, kali ni nak cerita tentang Comic Fiesta 2011 yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre pada 17 dan 18 Disember 2011 baru-baru ini.

Saya pergi kedua-dua harinya, perasaan seronoknya tak dapat nak digambarkan.
Cuma ada sesetengah kejadian yang memeningkan berlaku, iaitu pada hari pertama berlaku penutupan sementara untuk pengunjung kerana terlalu ramai orang yang datang dan pihak Comic Fiesta tak dapat nak kawal situasi tersebut. Agak sedih, sebab ada sesetengah orang dah beratur agak lama juga, tapi akhirnya tak dapat masuk.
Dan barang-barang yang dijual pun adalah barang-barang yang boleh dibeli di kedai-kedai yang saya selalu kunjungi, tapi harganya sama dan ada yang lagi mahal. Agak kecewa di situ. Ada juga barang yang sukar dijumpai, tapi terlalu sikit. Seharusnya di majlis yang sebegitu besar dan hebat, mereka sepatutnya membekalkan barang-barang yang murah dan jarang ditemui.

Tapi tak mengapa. Cuma itu sahaja perkara negatif yang berlaku, pada pendapat saya.

Yang lebih seronok, dapat pergi dengan kawan, iaitu Melo. Melo ni dasyat juga la, dekat majlis tu nak dekat semua orang dia tegur...

Lepas tu jumpa ramai cosplayer (orang yang berpakaian seperti dalam watak komik/anime/kartun/filem) yang memakai pakaian yang hebat-hebat, contohnya:













Dan ramai lagi, ditambah lagi dengan beberapa aktiviti yang menarik iaitu ada persembahan dari artis tempatan dan luar. Kebanyakan lagu yang dinyanyikan adalah lagu bahasa Jepun.
Aktiviti lain yang dilihat adalah pertandingan permainan digital Marvel vs Capcom. Para pemain semua dasyat, sampai ada yang buat combo hits sampai lebih dari 100.
Aktiviti yang paling lama saya saksikan ialah perlawanan Dota2, ia juga satu permainan digital yang dimainkan dari komputer. Permainan ni yang paling seronok ditonton berbanding yang lain, sebab ia memerlukan kerjasama rakan seperjuangan.

Terima kasih banyak Melo sebab bawa saya ke majlis yang hebat ini. :)

Jadi sampai di sini saja buat masa ini. Terima kasih kerana sudi membaca, salam perpisahan, kosai...