KataKata Pakat!

Jumaat, 7 Mei 2010

K.E.M.B.A.L.I ! ! ! Kisah kenangan arwah nenek =(

Akhirnya setelah beberapa bulan tak menulis, akhirnya kosai tak dapat menahan perasaan rindu terhadap blog usang ni... Mood = teruja =)

Ok firstly nak cerita pasal kematian arwah nenek. Sebelum mula, jom sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat roh beliau...

3 minggu lepas, tanggal 21 April nenek kosai meninggal dunia akibat sakit tua.
Semasa beliau sakit, kosai berada di rumah sama-sama dengan beliau, tapi disebabkan oleh masalah keluarga di Pahang terpaksa balik ke sana dan meninggalkan satu lagi aktiviti yang kosai sepatutnya lakukan pada 22 April, iaitu gathering/concert Raingers dengan HUJAN.

Semasa nenek sedang bergelut dengan nyawanya di Hospital Selayang, kosai berada di Pahang tolong mak ambik adik-adik balik dari sekolah. Walaupun tahu beliau sedang nazak, tak dapat nak balik jenguk beliau di hospital disebabkan abah ada meeting, lepas tu mak kerja sampai petang. Masih bertarikh 21 April, mak balik kerja dengan muka sedih dengan air mata yang menitis menuruni pipinya. Kata mak pada kosai "nenek dah meninggal", kosai tak tanya apa-apa, mak terus suruh kemas barang untuk balik sini (Kuala Lumpur).

Sedih rasanya bila nenek kita meninggal tapi kita tak ada kat sisi dia semasa beliau masih bernafas. Untuk pengetahuan semua, ini kematian yang pertama kosai alami sepanjang mana semenjak kosai remaja (berfikiran matang). Kematian nenek ini juga merupakan kematian ahli keluarga kosai yang terdekat. :'(

Sekarang, dah tak ada lauk kegemaran yang dikirim beli pada kosai. Dah tak ada orang yang selalu tanya "nak kemana tu?" kalau kosai nak keluar. Terfikir, sambutan raya akhir tahun nanti macam mana, pilu.

Sampai di Kuala Lumpur, arwah nenek dah siap dimandikan, dan dikafan. Jadi kosai serta keluarga terus balik ke rumah dan menunggu van jenazah untuk sampai sana.
kosai sempat cium dahi arwah sebelum dikafankan kepala beliau. Melihat raut wajah beliau di saat akhir. Dan itulah kali terakhir kosai melihat nenek. Masa kebumi di tanah perkuburan kosai tak dapat nak ikut sebab tak ada orang lelaki yang jaga rumah. Hanya surah Yasin dan Al-Fatihah dari jauh yang dapat diberi.

Untuk kali ni, cukuplah dulu. cerita panjang-panjang pun bosan jugak baca nanti kan...
Jadi nikmatilah hidup anda sementara masih boleh, jaga kesihatan diri dan semoga seronok membaca.

Tidur dulu, Assalamualaikum...

0 KOMEN: