KataKata Pakat!

Sabtu, 21 Januari 2012

Happy Birthday to Myself!

Selamat hari jadi~
Selamat hari jadi~~
Selamat hari jadi kosai~~~
Selamat hari jadi~
(tepuk tangan)

19 Januari 2012, Ulang tahun hari lahir saya yang ke 21, tiada sebarang sambutan, tapi mendapat pelbagai hadiah yang sangat-sangat dihargai.
Terima kasih kepada mak dan abah yang telah melahirkan saya ke dunia ini, dan memberikan segala apa yang saya ada sehingga ke hari ini. Saya sayang mak dan abah!

Disebabkan motorsikal saya yang telah rosak teruk, saya dengan penuh segan silu meminta mak dan abah tukar dengan motorsikal yang baru, agak lama juga pujuk sampai hati diaorang berubah. Tapi alhamdullillah, abah yang tak pernah meminggirkan saya akhirnya belikan motorsikal baru, syukur!

Daripada yang lama ni:

CCE 793, sayang dan rindu beliau sebenarnya, tapi apakan daya, keupayaanmu semakin membahayakan penunggang. Terpaksa dijual untuk ditukarkan dengan motorsikal yang baru iaitu:

WWF 6721, sebuah motorsikal baru yang menjadi kekasih baru saya, namanya Xunli (sebutan cunli) yang telah sampai pada 15 haribulan Januari baru-baru ini. Syukur tak terkata. Terima kasih abah, i love you!

Kemudian dapat berita mak dapat voucher penginapan satu malam beserta makan malam di hotel Palace of the Golden Horses, Sri Kembangan Kuala Lumpur. Tapi mak tak dapat nak menghadirkan diri untuk menggunakan voucher tersebut dalam masa yang diberi tempoh, jadi mak hadiahkan kepada saya sempena hari lahir. Terima kasih banyak kepada mak yang tak pernah lupakan saya sehingga ke hari ini. Saya sayang mak :)

Antara aktiviti bergambar yang berlaku pada 18 & 19 haribulan di sana:



Kebanyakkannya hanya gambar tentang makan, sebab pergi sana memang untuk makan, hahaha.

Kemudian, dapat lagi berita yang menggembirakan hati, iaitu kerajaan bagi voucher buku RM200 untuk setiap pelajar ipta/ipts. Kolej pulak edarkan voucher pada 20 haribulan, rasa macam hadiah mencurah-curah biarpun dah terlepas tarikh. Biarpun tak ada buku yang ingin dibeli, tapi pastinya voucher tu ada kegunaannya satu hari nanti... Terima kasih kerajaan!

Lepas tu ada lagi kejadian yang menyeronokkan, sempena cuti tahun baru cina, kolej cuti seminggu! Suka cuti! Suka, suka, suka! Balik Raub, terus jumpa kawan-kawan lama. Itu pun salah satu nikmat juga, lepas rindu! Dapat main takraw, dan lepak restoran malam-malam buta tengok bola sama-sama. Kawan-kawan semua jenis masuk kepala (sama-sama masuk air), itu yang buat lagi seronok :).

Terima kasih jugak buat saudara-mara, kawan-kawan yang belanja makan, hehehe makan lagi. Dan kepada yang memberi ucapan-ucapan yang menusuk hati, terharu :'). Akhir kata, TERIMA KASIH yang tak terhingga kepada mak dan abah serta keluarga yang disayangi, saya bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang sempurna dan bahagia.

Sekian, terima kasih kerana membaca dan selamat~
kosai...

0 KOMEN: