Percubaan, percubaan satu dua tiga. Hahaha lama tak menulis, kena praktiskan dulu.
Mulakan penulisan dengan salam sejahtera buat yang masih membaca, mahupun yang baru sahaja membaca blog ini. Sudah terlalu lama blog yang sungguh kecil ini tidak berusik.
Saya, kosai akan cuba lebih kerap untuk menulis di laman blog ini, insyaAllah...
Okay, kali ni nak cerita tentang Comic Fiesta 2011 yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre pada 17 dan 18 Disember 2011 baru-baru ini.
Saya pergi kedua-dua harinya, perasaan seronoknya tak dapat nak digambarkan.
Cuma ada sesetengah kejadian yang memeningkan berlaku, iaitu pada hari pertama berlaku penutupan sementara untuk pengunjung kerana terlalu ramai orang yang datang dan pihak Comic Fiesta tak dapat nak kawal situasi tersebut. Agak sedih, sebab ada sesetengah orang dah beratur agak lama juga, tapi akhirnya tak dapat masuk.
Dan barang-barang yang dijual pun adalah barang-barang yang boleh dibeli di kedai-kedai yang saya selalu kunjungi, tapi harganya sama dan ada yang lagi mahal. Agak kecewa di situ. Ada juga barang yang sukar dijumpai, tapi terlalu sikit. Seharusnya di majlis yang sebegitu besar dan hebat, mereka sepatutnya membekalkan barang-barang yang murah dan jarang ditemui.
Tapi tak mengapa. Cuma itu sahaja perkara negatif yang berlaku, pada pendapat saya.
Yang lebih seronok, dapat pergi dengan kawan, iaitu Melo. Melo ni dasyat juga la, dekat majlis tu nak dekat semua orang dia tegur...
Lepas tu jumpa ramai cosplayer (orang yang berpakaian seperti dalam watak komik/anime/kartun/filem) yang memakai pakaian yang hebat-hebat, contohnya:









Dan ramai lagi, ditambah lagi dengan beberapa aktiviti yang menarik iaitu ada persembahan dari artis tempatan dan luar. Kebanyakan lagu yang dinyanyikan adalah lagu bahasa Jepun.
Aktiviti lain yang dilihat adalah pertandingan permainan digital Marvel vs Capcom. Para pemain semua dasyat, sampai ada yang buat combo hits sampai lebih dari 100.
Aktiviti yang paling lama saya saksikan ialah perlawanan Dota2, ia juga satu permainan digital yang dimainkan dari komputer. Permainan ni yang paling seronok ditonton berbanding yang lain, sebab ia memerlukan kerjasama rakan seperjuangan.
Terima kasih banyak Melo sebab bawa saya ke majlis yang hebat ini. :)
Jadi sampai di sini saja buat masa ini. Terima kasih kerana sudi membaca, salam perpisahan, kosai...
KataKata Pakat!
Khamis, 22 Disember 2011
Comic Fest 2011!
Isnin, 10 Januari 2011
Wah wah dah reti nak update!
Sekarang rasa macam nak menulis balik, so Salam Membaca buat yang visit blog...
Sebulan dua yang lepas, kosai rasa kosai dah ubah sikit jadual harian, so dalam dua bulan lepas jadi lebih apa orang kata, selesa la sebab tak banyak sangat aktiviti luar... Kelas pagi, balik kelas, duduk rumah tengok kartun, belajar buat muzik, malam tengok tv, main game, dan tidur. Dalam masa yang lama dulu tu asyik buat benda yang sama je, jadi ada banyak masa lebih, memang tak keluar rumah langsung (langsung tu lebih kepada aktiviti-aktiviti yang buang masa la, kira banyak duduk rumah aje) jadi boleh la nak update blog balik...
ok nak cerita apa eh?
Pertamanya, kosai sem ni kelas semuanya pagi dari Isnin sampai Jumaat, tengah hari balik, so sangat-sangat la free di siang hinggalah malam hari...
Sekarang dah addicted teruk 'counter-strike'/cs, game yang oldschool tu, dulu main masa tingkatan tiga, sanggup ponteng sekolah walaupun dah dekat dengan PMR, sebab nak main cs, haha itu yang buat result PMR teruk tu.. Tapi tu dulu, sekarang ni, lagi teruk! Sebab dapat main dengan kawan-kawan yang lagi terer dan lagi ramai. Gila nak dekat tiap-tiap malam main, teruk...
Lepas tu nak cerita yang telefon bimbit rosak dah lebih 3 bulan tapi dok pakai lagi sampai sekarang, hahaha. Jimat kononnya, malas hantar repair pun ia jugak. Pakai sampai punah! haha
Semalam tonton AJL = Anugerah Juara Lagu dekat TV3 dari rumah je, malas nak pergi stadium sebab macam boring tahun ni, tengok-tengok memang boring pun, yang disangka menang, tak menang, yang tak disangka-sangkakan boleh menang, nombor satu pulak tu :/ tak apalah, rezeki masing-masing, semoga industri muzik kita berkembang maju dari hari demi hari itu yang lebih penting...
Akhir kata, nak cakap yang rindu dekat semua orang, dari zaman sekolah rendah, sampai la yang ter'lost contact' sekarang ni, susah sebenarnya penyakit rindu ni, makin lama makin teruk... Tapi ada orang kata "bila kita teringat dekat seseorang, orang tu akan ingat dekat kita balik tau..."
Ahad, 16 Mei 2010
Selamat Hari Guru! Guru-guruku....
Selamat bertemu kembali di blog kosai =)
Firstly, pada tanggal 16 Mei 2010 ini nak buat seikhlas ucapan iaitu 'Selamat Hari Guru buat semua guru yang telah mengajar diri ini, mahupun guru-guru yang berada di luar sana! Terima kasih di atas setiap pengajaran dan pembelajaran yang disematkan dalam diri ini :)'
Ok, sekarang nak cerita tentang guru-guru yang pernah ajar kosai. Nak sebut semua tak dapat la ye, jangan terasa hati bagi guru yang tak ada dalam senarai, minta ampun awal-awal.
Dari kecik lagi, umur 3-5 tahun semasa masih menetap di Cameron Highlands, kosai tak ada guru, tapi ada seorang mak cik yang jaga kosai, namanya Mak Cik Esah. Sepanjang dijaga beliau, kosai belajar macam-macam, jadi beliau pun tergolong dalam guru kosai. Terima kasih Cik Esah!
Kemudian kosai berpindah di Kuantan bersekolah di SK Beserah. Tak dapat nak ingat banyak sebab darjah satu, yang ingat ada seorang ustaz ni yang juga seorang penolong kanan sekolah tersebut. Nama beliau Ustaz Asri agaknya, ingat-ingat lupa, beliau paling garang dalam sekolah tersebut. Pernah kena rotan kat tangan, kena berjemur di tapak perhimpunan, berdiri atas meja dan kena sembur dengan air guna sprayer macam fabreze. Hahaha, lucu kan, tapi beliau sangat berpengalaman dan banyak beri tunjuk ajar. Terima kasih kepada Ustaz juga!
Kemudian berpindah ke SK Tok Sira di Kuantan juga, darjah 2-5 belajar di sekolah ni. Yang sedih dan memilukan ialah kosai tak dapat nak ingat nama cikgu ataupun mana-mana cara pengajaran guru kat situ. Hanya kawan-kawan yang banyak beri tunjuk ajar. Kawan yang masih melekat di ingatan ialah ADAM, AWANG OMAR, TENGKU FARIZ, DAN MIZAL. Yaaaa, Adam merupakan seorang yang pandai dalam semua aspek dan beliau tidak mempunyai perangai yang buruk meskipun dilahirkan dalam kalangan keluarga yang berada. Awang Omar pula merupakan seorang anak Dato' yang terkemuka di negeri Pahang dan sangat dikenali di mata Malaysia, Dato' Adnan Yaakob. Awang seorang yang lembut dan sering beri tunjuk ajar pada kosai. Tengku Fariz pulak seorang yang berbadan tegap dan sering buli orang, termasuk kosai. Hahaha, beliau anak orang berada yang ayahnya berpangkat Dato' dan seorang yang sangat nakal. Beliau selalu menunjuk-nunjuk bermacam-macam barangan yang dimilikinya. Haih, perasaan cemburu masa tu memang tahap maksimum. Hehehe. Mizal pulak seorang yang nakal juga, tapi tak boleh nak salahkan beliau. Bapanya, Allahyarham Dato' Mazlan telah meninggal akibat pembunuhan kejam Mona Fendi yang mana mungkin menyebabkan beliau sedikit kekurangan kasih sayang, tapi beliau bagus. Terima kasih kawan-kawan!
Kemudian berpindah ke sekolah terdahulu - SK Besereah, jadi tak perlu nak ulas lagi sebab guru-gurunya masih sama seperti dulu.
Masuk sekolah menengah, kosai dimasukkan ke sekolah Mak, SMK Alor Akar. Kat sini ingat banyak cikgu, tapi ulas seorang cukuplah. Cikgu yang banyak sangat kosai ingat ialah cikgu Wan NorAzliza yang mengajar subjek Sejarah. Beliau antara guru perempuan yang paling chantek dan banyak menolong kosai, hehe part chantek tu penting tu, hahaha. kosai sering tumpang beliau balik sekolah disebabkan rumah kami berdekatan. Terima kasih cikgu Wan yang chantek! =)
Tingkatan 3 kosai berpindah lagi ke sekolah baru, iaitu SMK Mahmud - sekolah Abah pula. hehehe. Sekolah ni paling banyak kenangan. Sebab Abah pengetua, dan anak pengetua memang nampak cool bila berkawan dengan kawan-kawan yang bukan anak pengetua. Hahahaha. Tak adalah, gura-gurau aje. Guru yang paling kosai boleh ulas ialah cikgu Wan Shieda, beliau ajar subjek Inggeris dengan teknik yang aneh-aneh. Tapi beliau bagus, sangat menghormati beliau, beliau buat kerja dengan professional walaupun guru baru. Beliau juga sebenarnya adalah kakak angkat kosai, =). Jadi terima kasih Kak Wan!
Yang terbaru, kosai belajar di Kolej Islam Antarabangsa sampai sekarang, buat tenaga-tenaga pengajar yang banyak memberi ilmu, Miss Siti Azirah, Miss Azwa, Madam Mazniza, Madam Rumitha, Madam Herlina, Sir Jeffri, Madam Suhaila dan seorang lagi miss yang ajar subjek Malaysian Studies tak ingat nama, minta ampun. Terima kasih semua lecturer!
So dengan ini, berakhirlah post terbaru ini. Minta maaf banyak-banyak buat guru-guru dan kawan yang tak disebut mahupun telah dilukai oleh kosai. Terima kasih bagi yang banyak mencurahkan ilmu dan kasih sayang, tidak akan sesekali dilupakan dari ingatan.
Jumpa lagi di masa akan datang, Assalamualaikum...
.jpg)

